AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan

AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan
link : AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan

Baca juga


AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan

Koh Jun Lin


LIHAT VIDEO DI SINI


Parti Amanah Negara (AMANAH) akan memohon sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi saman tindakan perwakilan atau ‘class action’ di Amerika Syarikat yang dimulakan oleh peguam, Mattias Chang dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa.

Ketua Biro Antarabangsa AMAANH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata parti itu juga bercadang mengambil tindakan undang-undang yang serupa di luar negara berhubung skandal 1MDB, termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.

"Ini adalah kemungkinan yang sedang kami teliti, dengan bantuan peguam tertentu.

"Justeri, kami berharap mendapat perkenan Yang di-Pertan Agong untuk menyokong inisiatif Husam dan Chang untuk mengembalikkan kembali aset yang dicuri ke Malaysia," kata Raja Kamarul Bahrin pada sidang media hari ini.

Surat kepada Agong akan ditandatangani oleh enam ahli parlimen AMANAH dan parti itu juga akan mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat lain dalam usaha berkenaan, termasuk dari BN.

Ketua Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata sokongan Agong akan mengukuhkan tuntutan Husam dan Chang, sekiranya kesahihan atau locus standi tuntutan mahkamah mereka dipersoalkan.

Pada 13 Ogos lalu, kedua-dua mereka memfailkan saman itu yang bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana 1MDB dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.

Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York.

Chang dan Husam menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.

Menurut pemfailan mahkamah, kedua-dua mereka mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.



Demikianlah Artikel AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan

Sekianlah artikel AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMANAH mohon sokongan Agong bagi saman tindakan perwakilan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/amanah-mohon-sokongan-agong-bagi-saman.html

Subscribe to receive free email updates: