Judul : DAP terus membisu soal kerjasama dengan BERSATU
link : DAP terus membisu soal kerjasama dengan BERSATU
DAP terus membisu soal kerjasama dengan BERSATU
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: DAP sehingga kini terus berdiam diri berhubung pendirian parti itu untuk mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu pada Isnin lalu, DAP mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dikatakan bagi membincangkan pendirian bersabit kerjasama itu setelah wujud tentangan dari Pemuda DAP.
Naib Pengerusi Kebangsaan, M. Kulasegaran enggan memberi sebarang komen berkenaan hal itu.
"Tiada komen," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Begitu juga dengan seorang lagi Naib Pengerusi Kebangsaannya, Chow Kon Yeow, yang memberi alasan tidak hadir ke mesyuarat tersebut kerana terikat dengan komitmen lain di Pulau Pinang.
Malah usaha Antarapos untuk mendapatkan reaksi dari pimpinan lain seperti Tan Kok Wai, Gobind Singh Deo, Teresa Kok, Datuk Ngeh Koo Ham, Charles Santiago, Datuk Teng Chang Kim, Liew Chin Tong dan Anthony Loke juga gagal.
Gobind, yang ditemui Antarapos pada malam Isnin lalu sejurus selepas mesyuarat tamat hanya memaklumkan perbincangan itu adalah mengenai penubuhan BERSATU dan usaha ke arah kerjasama bagi menghadapi Umno-Barisan Nasional.
Tidak mengulas lanjut, beliau hanya meminta pemberita menunggu sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Pemuda DAP sebelum ini menolak kerjasama dengan BERSATU yang didakwa mengamalkan diskriminasi kaum malah menyifatkan ia tiada berbezanya dengan Umno.
Menurut jurucakapnya Chiong Yoke Kong, parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya hanya akan terus bermaharajalela di negara ini.
Sebaliknya bagi PKR, parti itu sama sekali tidak menolak untuk kerjasama dengan parti yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Presidennya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu terbuka dan sedia bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang bagi misi menjatuhkan Umno-BN.
BERSATU yang didaftarkan pada 9 Ogos lalu oleh Muhyiddin sebagai sebuah parti nasionalisme Melayu yang terbuka kepada semua warga negara Malaysia dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
Demikianlah Artikel DAP terus membisu soal kerjasama dengan BERSATU
Sekianlah artikel DAP terus membisu soal kerjasama dengan BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP terus membisu soal kerjasama dengan BERSATU dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/dap-terus-membisu-soal-kerjasama-dengan.html