Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?

Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?
link : Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?

Baca juga


Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?


Seorang Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-ba­ru ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa, di­percayai memiliki 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15.5 juta.

Kesemua unit kondominium yang terletak di ibu negara itu dikatakan telah ‘dibeli’ daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut sumber, siasatan SPRM mendapati suspek telah ‘membeli’ kesemua unit kondo­mi­nium tersebut yang harga asalnya RM200,000 sehingga RM300,000 tanpa membuat bayaran pendahuluan menggunakan nama sendiri dan orang terdekat.

“Suspek ini dipercayai telah menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju tanpa membuat sebarang pembayaran pendahuluan.

“Apabila rumah siap, suspek dipercayai akan menjual semula setiap rumah pada harga semasa dengan anggaran RM500,000 setiap satu dan mendapat untung atas angin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan terdapat salah guna kuasa segelintir pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang bagi memperoleh kondominium dan apartmen terutama di lokasi strategik.

Perkara itu berlaku berikutan terdapat pakatan antara pegawai tinggi dan pemaju projek perumahan apabila mereka dikatakan telah membuat tempahan tanpa membuat pembayaran pendahuluan.

Sebaik sahaja projek itu siap dan mendapat sijil layak menduduki (CF) daripada PBT, pemaju akan mengambil semula unit yang ‘dibeli’ oleh pegawai PBT terlibat dan menjual kepada pembeli sebenar dengar kadar yang lebih tinggi bagi mengaut keuntungan.

Tambah sumber lagi, siasatan juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi pegawai dan kakitangan DBKL terlibat melakukan perkara yang sama bagi mendapat keuntungan mudah.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kita masih lagi mencari orang kanan suspek terbabit bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Siasa­tan SPRM, Datuk Azam baki ke­tika dihubungi mengesahkan men­genai perkara itu.




Demikianlah Artikel Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?

Sekianlah artikel Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/datuk-seri-di-tahan-sprm-miliki-31-kondo.html

Subscribe to receive free email updates: