Judul : Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus
link : Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus
Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus
SINAR HARIANKUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.
Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan mayat: Media penuhi kawasan bilik mayat]
Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.
"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.
Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.
Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber. - Bernama
Demikianlah Artikel Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus
Sekianlah artikel Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/mayat-ditemui-sah-noor-amila-edrus.html