Judul : Peniaga di Madinah enggan terima RM
link : Peniaga di Madinah enggan terima RM
Peniaga di Madinah enggan terima RM
MADINAH: Sebelum ini peniaga di sini sedia menerima RM ketika membeli barangan di kedai mereka, namun sekarang tidak lagi.
Restoran di Hotel Al-Haram juga enggan menerima RM yang dihulur jemaah haji ketika membeli kuih.
Ketika ini RM menjunam teruk berbanding awal tahun lepas. Ketika itu RM lebih tinggi berbanding SR (Saudi Riyal).
Malangnya sekarang kalau ditukar RM1,000 kita hanya mendapat sekitar SR900.
Malah kelmarin ketika penulis menukar RM900 di sebuah pusat pengurup wang hanya mendapat SR828.
Begitu juga minggu lepas di Kota Bharu Kelantan, ketika penulis menukar RM1,000 pengurup wang meminta ditambah RM8 lagi untuk mengenapkan SR900.
Situasi yang berlaku itu bertentangan dengan laporan media yang cuba menggambarkan ekonomi Malaysia semakin pulih.
Bagi mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara amat terasa kemerosotan RM berbanding mata wang di negara asing.
Biar pun peniaga tempatan di sini sering menyebut Malaysia Boleh, namun hakikat kelembapan ekonomi negara kita tidak boleh dinafikan lagi.
Sementara itu jemaah haji dari Malaysia tinggal di beberapa hotel di sekitar Masjid Nabawi termasuk al-Haram, Saha dan Anwar.
Paling ramai jemaah haji Malaysia di tempatkan di Hotel al-Haram dan Anwar.
Kesesakan dirasai di Hotel al-Haram ketika waktu makan. Biar pun terdapat 8 lif, namun ia tidak menampung bilangan jemaah haji ketika waktu makan dan selepas solat.
Kesesakan berlaku di hadapan pintu lif. Malah ramai jemaah haji yang ditempatkan di tingkat 1 hingga 3 menggunakan tangga kecemasan. – HARAKAHDAILY
Demikianlah Artikel Peniaga di Madinah enggan terima RM
Sekianlah artikel Peniaga di Madinah enggan terima RM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peniaga di Madinah enggan terima RM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/peniaga-di-madinah-enggan-terima-rm.html