Judul : Restoran Malaysia di Australia didenda hampir RM1 juta
link : Restoran Malaysia di Australia didenda hampir RM1 juta
Restoran Malaysia di Australia didenda hampir RM1 juta
Hakim Mahkamah Persekutuan mendapati 3 pemilik restoran itu dengan sengaja melanggar peraturan itu demi memaksimakan keuntungan.
PETALING JAYA: Sebuah restoran menyajikan menu Malaysia di Australia hari ini didenda A$300,000 (RM919,000) kerana gagal mematuhi peraturan gaji minima dengan membayar A$11 sejam kepada pekerjanya, lapor Sydney Morning Herald (SMH).
Joon Hoe Lee, Julian Lee dan Alan Wing-Keung Au, pemilik Restoran Mamak di daerah Haymarket di Sydney, masing-masing didenda A$36,000, manakala syarikat mereka Mamak Pty Ltd didenda A$184,960.
Mahkamah Persekutuan mendapati mereka dengan sengaja melanggar peraturan itu demi memaksimakan keuntungan.
Badan kawal selia kerajaan Australia mengenai hak pekerja yang menyiasat perkara itu mendapati di antara Februari 2012 dan April 2015, 6 pekerja diberi gaji rendah yang menjimatkan pengurusan restoran sebanyak A$87,000.
Pegawai penyiasat Natalie James berkata gaji minima terpakai kepada semua pekerja di Australia dan kerajaan tidak boleh bertolak ansur mengenainya.
“Saya faham ada perbezaan budaya dan undang-undang di negara lain, tetapi menjadi tanggungjawab perniagaan yang beroperasi di Australia memahami dan mengamalkan undang-undang Australia,” katanya dipetik SMH.
Restoran Mamak yang membuka cawangan pertama di pusat bandar Sydney terkenal dengan masakan Malaysia seperti roti canai, sate dan teh tarik.
Pada 2008, ia memenangi anugerah kategori “Favourite Asian” anjuran sisipan makanan SMH.
Demikianlah Artikel Restoran Malaysia di Australia didenda hampir RM1 juta
Sekianlah artikel Restoran Malaysia di Australia didenda hampir RM1 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Restoran Malaysia di Australia didenda hampir RM1 juta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/restoran-malaysia-di-australia-didenda.html