Judul : Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung
link : Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung
Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung
MALAYSIA DATELINEAdun Salor Datuk Husam Musa mengutuskan kepada Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan tindakannya bersama Matthias Chang menyaman lapan pihak di Amerika ekoran skandal 1MDB.
Menurut Husam dalam surat itu, pemfailan tindakan saman tersebut adalah bertujuan untuk menuntut ganti rugi terhadap wang yang dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan menggunakan wang curi tersebut.
Ia telah dihantar kepada baginda pada 17 Ogos lalu dan Husam memohon kepada baginda untuk menjadikan surat itu sebagai surat terbuka.
Husam telah memfailkan saman yang dipanggil 'class action' ke atas pihak yang dikira melarikan wang berkait 1MDB.
Saman ini telah difailkan di Mahkamah Daerah Selatan New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu, 11hb Ogos 2016.
Menurut Husam dalam surat itu, beliau mengguna pakai khidmat Peguam Louis F. Burke untuk tujuan ini.
"Patik berdua telah menamakan lapan (8) Defendan yang terdiri daripada Riza Shahriz Bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Goldman Sachs Group Inc., Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson dan Metropolis IX Capital Advisors, LLC," tulisa Husam.
Husam turut menyertakan senaskhah Plaintif's Original Complaint bersama warkah itu untuk tatapan baginda.
"Patik pohon Ke Bawah Duli Tuanku mendoakan kejayaan tindakan patik ini Demi Malaysia," kata Husam dalam surat itu.
Kata Husam, beliau memberanikan diri mengambil tindakan ini Demi Malaysia.
"Seberapa banyak wang yang telah hilang itu, jika dapat dipulangkan kepada negara kita, tentulah sedikit sebanyak memberikan faedah kepada rakyat kita sendiri,"katanya dalam surat itu.
Katanya lagi, memandangkan sebahagian dari wang itu telah dibelanjakan untuk bermewah-mewah dan berpoya-poya, ketika mana masih ada rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan dan bantuan negara - tentulah menimbulkan kekesalan dan kehibaan.
"Adalah aib pada hemat patik, jika tidak ada satu pun rakyat Malaysia bertindak mengunakan saluran undang-undang untuk mengesahkan laporan-laporan atas tindakan berkenaan dan seterusnya mengembalikan wang negara yang jumlahnya begitu besar itu," katanya.
Demikianlah Artikel Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung
Sekianlah artikel Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saman pencuri 1MDB: Husam utus surat kepada Yang Dipertuan Agung dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/saman-pencuri-1mdb-husam-utus-surat.html