Judul : Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi
link : Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi
Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti baru yang sedang diusahakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tamrin dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain itu, beliau juga telah menarik diri daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, dua keputusan tersebut dibuat setelah memikirkannya dengan teliti.
"Keputusan ini adalah muktamad dan berkuat kuasa hari ini," kata Tamrin.
Katanya, buat masa ini beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas keluar daripada PAS pada 2014.
Muhyiddin pada 9 Ogos lalu menyerahkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya.
Demikianlah Artikel Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi
Sekianlah artikel Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/tamrin-ghafar-tidak-akan-sertai-pribumi.html