Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia

Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia
link : Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia

Baca juga


Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia

Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia
Muka hadapan akhbar utama negara hari ini, yang memaparkan wajah Datuk Lee Chong Wei dan pencapaian atlet Malaysia lain yang berjaya melakar nama di pentas Olimpik Rio, Brazil.


SHAH ALAM - Pencapaian jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang mendapat pingat perak di pentas Olimpik Rio 2016 malam tadi menghiasi muka depan akhbar-akhbar utama negara, hari ini.

Meskipun tidak berjaya merangkul emas pertama negara, pencapaian Chong Wei yang kalah  menentang pemain dari China, Chen Long semalam dengan aksi dua set 21-18,21-18 tetap memberi khabar gembira buat rakyat Malaysia.

Akhbar Sinar Harian memilih tajuk ‘Masih wira negara’ dengan memaparkan gambar Chong Wei bersama pingat perak disertakan dengan gambar rakyat Malaysia mengibarkan bendera negara tanda bangga dengan pencapaian Chong Wei di pentas olimpik.

Sementara akhbar Utusan Malaysia pula menggunakan tajuk 'Pencapaian terbaik' merujuk kepada pencapaian Chong Wei dan atlet negara kita yang bertanding di Rio.

Manakala Berita Harian mengangkat tajuk 'Saya sudah berikan segala termampu: Chong Wei', 'Perdana menteri bangga dengan semangat dipamerkan Chong Wei'.

Muka depan akhbar Kosmo pula memaparkan ‘Chong Wei tetap juara di hati rakyat' dengan hiasan wajah Chong Wei beserta gambar suasana rakyat Malaysia yang menonton perlawanan beliau semalam di Dataran Putrajaya.

Dalam pada itu akhbar Harian Metro pula menaikan tajuk 'Maafkan saya' dengan memaparkan luahan Chong Wei selepas perlawanan menentang Chen Long semalam.

Manakala akhbar bahasa Inggeris, The Star turut memaparkan wajah Chong Wei dengan menaikan tajuk 'Thank You, Chong Wei'.

Akhbar New Straits Time pula memaparkan wajah Chong Wei dan atlet Malaysia yang berjaya di Rio, dengan  mengangkat tajuk 'We're proud of all of you'.

Akhbar Sundaymail pula menggunakan tajuk 'Chong Wei!, Chong Wei!, Chong Wei!, a great, wonderful hero. Thanks for uniting us.'.




Demikianlah Artikel Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia

Sekianlah artikel Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wajah Chong Wei hiasi akhbar Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/wajah-chong-wei-hiasi-akhbar-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: