Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu

Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu
link : Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu

Baca juga


Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu

Anne Muhammad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yakin himpunan besar-besaran BERSIH 5 bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 November ini akan disertai oleh orang Melayu.

Katanya, ini kerana selain ahli Parti Amanah Negara (AMANAH), ahli PAS juga akan turut serta kerana sejak dari dulu lagi mereka sudah diasuh untuk menolak kezaliman dan protes itu selaras dengan perjuangan BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

“PAS walaupun dikatakan tidak hadir tapi saya yakin ahli-ahli PAS akan hadir bersama sebab ini satu perkara yang telah jadi darah daging orang PAS.

“Sekiranya kepimpinan berubah dari segi pendekatan tapi saya yakin ia jadi cabaran bagi PAS untuk halang ahli mereka turun bersama sebab dari dulu (ahli PAS) telah ditabiyah (dididik) kewajipan menentang kezaliman,” katanya yang juga adalah pengarah komunikasi AMANAH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata PAS harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan BERSIH 5.

Namun setakat ini, PAS masih belum memutuskan penyertaannya dalam BERSIH 5 walaupun tarikh perhimpunan itu diumumkan.

Pada himpunan BERSIH 4, Ogos tahun lalu PAS tidak mengarahkan ahlinya untuk bersama berhimpun sebaliknya hanya beberapa pimpinan sahaja yang turun.

BERSIH 5 dijadualkan berlangsung pada 19 November yang tertumpu di Kuala Lumpur.



Demikianlah Artikel Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu

Sekianlah artikel Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khalid Samad: BERSIH 5 akan dapat sokongan Melayu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/khalid-samad-bersih-5-akan-dapat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :