PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..

PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..
link : PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..

Baca juga


PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..


Keahlian PAS merosot 20 peratus sejak tahun lalu, sewaktu parti itu bergolak susulan krisis kepemimpin sehingga melahirkan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan mengakui di muktamar PAS bahawa ia kini mempunyai kira-kira 800,000 anggota berbanding sejuta orang pada Mac 2015.

“Kita pernah umumkan satu ketika dulu, keahlian sudah mencecah sejuta. Saya ingat menteri besar Kelantan pernah membuat upacara terima ahli kesejuta,” katanya ketika ucapan penggulungan hari ini.



“Tetapi sekarang ini kita membuat pemutihan. [Proses] ini disebabkan ada yang meninggalkan parti, ada yang meninggal dunia. Jadi sekarang keahlian kita sebanyak 800,000.”

Menjelang muktamar dan pemilihan PAS di Kuala Selangor setahun lalu, parti itu mengalami krisis dalaman yang parah.

Pemimpin yang dilabel “progresif dan moderat”, cenderung bekerjasama dalam Pakatan Rakyat, kalah teruk dan mereka bersama penyokong meninggalkan parti untuk menubuhkan Amanah.

Barisan pemimpin PAS kini, yang dilabel “pro-ulama”, dikatakan ingin meningkatkan hubungan dengan Umno, khusus dalam usaha parti itu melaksanakan hudud di Kelantan.

Walau memutuskan kerjasama dengan DAP, sekali gus meruntuhkan gabungan pembangkang, PAS masih mengekalkan kerjasama dengan PKR.

Amanah pula terus bekerjasama dengan dua parti pembangkang itu dalam gabungan baru Pakatan Harapan.



Baca seterusnya di Malay Mail Online


Demikianlah Artikel PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..

Sekianlah artikel PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pas-akui-keahlian-merosot-teruk-20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :