'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355'

'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355'
link : 'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355'

Baca juga


'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355'

MALAYSIAKINI


 PAS mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang menyeru semua anggota parlimen, khasnya yang beragama Islam menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355).

“Semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU (rang undang-undang) 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah,” kata timbalan presidennya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga yakin semua mufti menyokong RUU persendirian berkaitan yang akan dibentangkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai anggota parlimen Marang.
Ini kerana, kata Tuan Ibrahim ia sebahagian dari meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.

“Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli parlimen,” katanya.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam "bayan linnas" (penjelasan permasalahan semasa) semalam mengupas panjang cadangan pindaan bagi menambah bidang kuasa mahkamah syariah.

Katanya, anggota parlimen yang beragama Islam wajib menyokongnya kerana ia dapat memartabatkan keadilan Islam dan memelihara maslahah umat supaya terjamin dan dihormati.

Anggota parlimen bukan Islam pula, kata Zulkifli, diseru menyokongnya kerana “ia dibentang oleh wakil rakyat yang membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah”.

Katanya, anggota parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab perlu menyokong keperluan dan kebajikan rakyat beragama Islam di kawasan parlimen masing-masing.

Hadi dijadual membentangkan semula cadangan pindaan itu dalam sesi parlimen akan datang (bulan depan) setelah mohon menangguhkannya dalam sesi lalu atas alasan tidak cukup masa.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berharap langkah Mufti Wilayah itu akan menyemarakkan lagi usaha memahamkan masyarakat umum terhadap RUU 355.

Beliau juga berkata isu RUU itu tidak perlu dipolitik atau dipolemikkan kerana ia “tanggungjawab semua umat Islam”.



Demikianlah Artikel 'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355'

Sekianlah artikel 'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Terima kasih mufti Wilayah kerana sokong RUU355' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/terima-kasih-mufti-wilayah-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :