Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti

Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti
link : Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti

Baca juga


Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti

Oleh Haizal Yatiran & Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan membuktikan dakwaannya bahawa terdapat syarikat-syarikat yang menerima kontrak daripada kerajaan Persekutuan tetapi menyokong gerakan BERSIH 5.
 
Katanya, Rahman tidak boleh sekadar membuat kenyataan sebaliknya perlu tampil dengan bukti kukuh ketika membuat dakwaan seperti itu.
 
"Itu saya rasa tindakan BN. Dia yang buat sewenang-wenangnya tanpa merujuk undang-undang. Ini memang cara dan budaya Umno dan menteri, di mana (mereka) suka lemparkan fitnah. Terpulanglah pada beliau," ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.
 
Guan Eng berkata demikian mengulas kenyataan Rahman pada Ahad bahawa terdapat banyak syarikat yang menerima kontrak daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyokong dan memberi dana kepada BERSIH 5 yang mempromosikan gerakan menjatuhkan kerajaan.
 
Rahman sebelum itu menyatakan sokongannya kepada saranan penulis kolum akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat, untuk menyenaraihitamkan syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja gerakan BERSIH 5 dalam diam-diam. 
 
Susulan itu, Rahman berkata beliau akan mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk mengenal pasti syarikat-syarikat tersebut. 
 
Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan itu kemudian diminta mengulas adakah terdapat syarikat di Pulau Pinang yang turut berbuat demikian, seperti yang didakwa.
 
Beliau berkata mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu perlu menunjukkan bukti sebelum melemparkan sesuatu tuduhan.
 
"Itu yang saya sebut, kalau ada tunjuk bukti, jangan buat fitnah. Ini (tuduhan ini) adalah untuk alih perhatian daripada belanjawan yang dibentang perdana menteri, yang terbukti tidak bantu rakyat. 
 
"Bagi BR1M, tambah RM200, tapi naikkan harga minyak masak dan tol. Akhirnya kenaikan RM200 itu, tak cukuppun untuk menampung kenaikan harga barang," ujarnya.
 
 


Demikianlah Artikel Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti

Sekianlah artikel Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan syarikat dapat kontrak kerajaan taja BERSIH 5: Guan Eng tuntut bukti dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/dakwaan-syarikat-dapat-kontrak-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: