Judul : Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi – Tan Keng Liang
link : Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi – Tan Keng Liang
Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi – Tan Keng Liang
Jenama Pakatan Harapan yang mengandungi tiga parti DAP, PKR dan PAN sudah tidak laku untuk menarik pengundi bagi menyokong pembangkang, kata ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kes penyisytiharan keluar parti yang berlaku secara besar-besaran di Sabah untuk menyertai atau menubuhkan parti baharu.
“Keluar parti menunjukkan bahawa rakyat tidak mempercayai jenama ‘Pakatan Harapan.’ Mereka yang meninggalkan parti mereka terpaksa keluar dari pakatan itu untuk memasarkan diri mereka di tempat lain.
“Jenama Pakatan Harapan ini tidak begitu boleh dipasarkan berbanding masa lalu. Rakyat semkain pintar, dan ia tidak mudah untuk menipu mereka. Mereka tahu bagaimana untuk menilai (pembangkang), “katanya ketika berucap semasa pembukaan Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda Gerakan ke-29 pada Sabtu.
Pada 2 Oktober lalu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin mengetuai Adun Moyog, Terence Siambun, Setiausaha Agung negeri, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita negeri, Johair Matlani mengisytiharkan keluar PKR.
ADUN Likas, Junz Wong yang juga Setiausaha DAP Sabah bersama Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh, Naib Pengerusi negeri, George Hiew dan 7 exco DAP Sabah turut mengambil keputusan sama.
Tindakan mereka itu menyusul Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR untuk menjadi timbalan Shafie dalam parti baharu yang “diambil alih” mereka berdua bulan lalu, tetapi belum dinamakan.
Mengulas lanjut, Tan berkata keengganan DAP untuk mengarahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk bercuti daripada terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinag ketika dia sedang menghadapi tuduhan rasuah adalah satu contoh kegagalan pembangkang untuk menegakkan prinsip-prinsipnya.
“(Setiausaha Publisiti DAP) Tony Pua sebelum ini berkata, mana-mana pemimpin dituduh rasuah mesti pergi bercuti.
“Tetapi apabila Ketua Menteri (Pulau Pinang) didakwa kerana rasuah, DAP berkata tidak ada keperluan untuk dia pergi bercuti, “katanya lagi.
Tambahnya, pembangkang juga cakap tak serupa bikin, kerana sebelum ini mendesak pemimpin yang terbabit dakwaan rasuah digantung tugas sehingga kes selesai, tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila Guan Eng dihadapkan ke mahkamah.
Demikianlah Artikel Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi – Tan Keng Liang
Sekianlah artikel Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi – Tan Keng Liang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi – Tan Keng Liang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/jenama-pakatan-harapan-sudah-tidak-laku.html