Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara

Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara
link : Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara

Baca juga


Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara

Oleh Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula 1 April tahun lalu membuktikan kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Sim

Akibat itu, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, rakyat terbeban dan terpaksa membayar segala keborosan, hutang dan rasuah yang dilakukan pihak kerajaan.

Tegas beliau, GST boleh dimansuhkan serta merta kerana keperluan negara dapat ditampung menerusi lain-lain cukai.

“Ini membuktikan bahawa negara mempunyai masalah kewangan yang teruk apabila kerajaan membazirkan wang untuk pelbagai projek tidak baik terutama 1MDB di mana wang kerajaan terpaksa diguna untuk bayar hutang luar negara.

“Kita telah buat perkiraan dalam Belanjawan Pakatan Harapan dan kita boleh urus negara tanpa GST dan sememangnya cukai ini boleh dihapuskan,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru kepada Suara Keadilan.

Tze Tzin berkata, peratusan GST yang dikenakan kepada rakyat Malaysia tinggi walaupun kerajaan mengatakan mereka memberi banyak barang dalam kadar sifar peratus.

“6% adalah sangat tinggi dan kalau kita lihat Singapura, mereka mulakan dengan kadar 4% sahaja,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada semua rakyat supaya tidak membebankan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan tidak berhasrat langsung untuk membatalkan cukai tersebut.

Beliau memberi alasan bahawa kerajaan mengambil kira sosio ekonomi rakyat termasuk golongan susah.



Demikianlah Artikel Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara

Sekianlah artikel Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/tiada-niat-mansuh-gst-kerajaan-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :