Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti

Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti
link : Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti

Baca juga


Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti

Penganjur #Tangkap MO1 terkejut terima surat UM

Penganjur #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof hari ini diberikan surat tunjuk sebab daripada pengurusan Universiti Malaya (UM), selepas 2 bulan penganjuran himpunan itu berlalu.

Anis berkata beliau memang menjangkakan universiti akan memberikan surat tunjuk sebab atas tindakannya terlibat dalam himpunan itu.

Bagaimanapun, katanya masa yang panjang diambil UM ternyata mengejutkannya sehinggakan beliau tidak terfikir UM akan mengambil tindakan terhadapnya.


“Saya sudah jangka yang kalau saya ambil tindakan ini memang biasanya universiti akan memberi surat (tunjuk sebab). Tetapi selepas 2 bulan daripada tarikh perhimpunan itu, baru saya dapat surat.

“Saya ingatkan universiti tidak ambil peduli,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata surat itu diterima dari Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa beliau “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

“Saya terima surat itu pada 17 Oktober dan diberi tempoh 7 hari untuk membalasnya kepada naib canselor UM. Apa yang menghairankan ialah surat itu bertarikh 12 Oktober tetapi ia saya menerimanya semalam menerusi e-mel.

“Menurut rakan peguam saya, tempoh 7 hari itu dikira dari hari pertama kita terima surat itu dan bermakna Ahad ini hari terakhir surat perlu dibalas,” katanya.

Walaupun berdepan hukuman pergantungan semester, Anis yang kini pelajar tahun akhir jurusan Bahasa dan Linguistik tetap yakin beliau tidak melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Katanya, 2 sebab utama ialah himpunan itu dilakukan ketika cuti semester dan di luar kampus (luar kawasan universiti).

“Saya rasa tindakan UM ini boleh jejaskan pandangan masyarakat terhadap UM. Apa yang UM buat ini juga membuka peluang orang luar lihat pentadbiran UM sebenarnya.

“UM sepatutnya dilihat sebagai tempat kebebasan suara. Bila ambil tindakan seperti ini, UM perlu sedia kena tohmahan dan kritikan masyarakat,” katanya.

Anis yang berasal dari Sabak Bernam berkata lazimnya selepas menerima surat tunjuk sebab, beliau akan diberikan kaunseling oleh naib canselor sebelum dihadapkan ke mahkamah UM bagi mendengar keputusan selanjutnya.

Katanya, berdasarkan pengalaman seniornya iaitu Fahmi Zainol, pelajar yang melakukan aktiviti sedemikian akan dikenakan hukuman gantung 2 semester.

“Tetapi itu kerana dia (Fahmi) melakukan kesalahan di dalam kampus. Sejauh mana perbicaraan itu terpulang kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menilai berdasarkan AUKU.

Selain Anis, 3 lagi rakannya daripada jurusan Pendidikan Islam di UM turut menerima surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam himpunan itu.

“Secara peribadi saya memang mahu pengajian saya habis. Tetapi jika UM ambil tindakan terhadap saya, saya fikir pelajaran lebih penting. Saya akan usaha mendapatkan ijazah walaupun dikenakan tindakan,” katanya.

Anis menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di depan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Anis dan kumpulannya menganjurkan perhimpunan yang disertai kira-kira 1,500 orang berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut individu dikenali sebagai Malaysian Official 1 (MO1) ditangkap.

MO1 merujuk kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang menyiasat dakwaan salah guna dan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam saman sivil DOJ itu, MO1 didakwa menerima wang bernilai AS$731 juta daripada 1MDB. -FMT

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Sungguh aneh dan menhairankan dengan alasan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa keterlibatan Anis Syafiqah dalam perhimpunan Tangkap MO1 “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

Sedangkan hak Anis Syafiqah atau mana-mana pelajar dijamin Perlembagaan

Ketara seperti tindakan UM itu seperti menerima tekanan politik pihak tertentu, atau sememangnya ada kakitangan UM sudah menjadi kuda tunggangan politik untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Tindakan Anis Syafiqah disanjung tinggi oleh rakyat yang mahu integriti negara terjaga dan terbela. Nama UM melambung tinggi kerana tindakan Anis Syafiqah tersebut. Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif.

Tetapi tindakan UM menghantar surat cinta kepada Anis Syafiqah itulah yang sebenarnya yang telah “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

Sepatutnya UM menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi akademik universiti uang umum telah tahu bahawa prestasi UM telah merudum sehinggalah terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

Jika UM terus memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan di mana UM akan terus dipandang hina oleh rakyat dan dunia.





FEATURED ADS




Demikianlah Artikel Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti

Sekianlah artikel Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/tindakan-um-beri-surat-cinta-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :