Judul : Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000
link : Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000
Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000
BORHAN AHMADSaman fitnah RM100 juta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya dan akan disiarkan dalam akhbar itu dalam masa dua minggu dari tarikh persetujuan hari ini.
Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Utusan menerusi laporan bertarikh 2 Mac 2013 mendakwa Anwar ialah dalang dalam (pencerobohan) Lahad Datu.
"Kami faham laporan yang memetik Manila Times serta Inquirer News itu tidak berasas dan berlaku tidak adil terhadapnya.
“Kami kini menyuarakan kekesalan kami kepadanya kerana laporan itu sudah memalukan dan menyebabkan beliau tertekan,” kata peguam Utusan, Wan Azmir Wan Majid ketika membacakan penghakiman persetujuan kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman, hari ini.
Noraini berkata, menyelesaikan tuntutan mahkamah itu lebih baik daripada meneruskannya.
Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.
Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.
Demikianlah Artikel Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000
Sekianlah artikel Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Utusan kesal laporannya, bayar Anwar gantirugi RM50,000 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/utusan-kesal-laporannya-bayar-anwar.html