Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar

Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar
link : Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar

Baca juga


Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa dalam membangunkan ekonomi, di sebalik penganugerahan kontrak dan perjanjian bernilai berbilion ringgit melibatkan syarikat China baru-baru ini.



Anwar yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berkata walaupun kerjasama dengan China merupakan sesuatu yang positif, ia mencetuskan kebimbangan.

“Kita tidak boleh dilihat terlalu bergantung kepada mana-mana negara, itu yang menjadi kebimbangan kita.

“Ia juga menunjukkan petanda terdesak,” kata bekas ketua pembangkang itu kepada wartawan.

Beliau hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar semakan kehakiman dalam kes mencabar Pengarah Penjara Sungai Buloh, Jabatan Penjara dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak dibenarkan hubungan fizikal ketika lawatan ahli keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu ini mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Semalam, PKR, DAP dan Amanah dalam kenyataan bersama melahirkan kebimbangan terhadap pembiayaan China dalam ECRL.

“Ini tidak memberi sebarang manfaat kepada Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia menjadi lebih bergantung kepada China dalam jangka masa panjang jika negara (China) menggunakan model yang dipasang di negara lain,” kata kenyataan Pakatan Harapan.

Anwar berkata Najib perlu segera mengakui keadaan ekonomi kini “huru-hara”.

“Lebih cepat dia akui, lebih baik. Bayangkan, selepas 2 minggu Bajet, semuanya naik (harga). Saya kesal, selepas Bajet, kerajaan naikkan harga barang keluaran negara seperti minyak sawit,” katanya lapor FMT


Demikianlah Artikel Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar

Sekianlah artikel Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/cenderung-kepada-china-petanda-najib.html

Subscribe to receive free email updates: