Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan

Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
link : Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan

Baca juga


Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan

ASTRO AWANI


Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria turut memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), hari ini memfailkan permohonan habeas corpus supaya beliau dibebaskan serta-merta.

Permohonan habeas corpus itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam mewakilinya Datuk S. Ambiga menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Maria, 60, selaku pemohon menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Superintenden Tham Lai Kuan, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

BACA: Ahli Parlimen pembangkang desak pembebasan Maria Chin

BACA: Bersih 5 tetap berlangsung tanpa kehadiran Maria

BACA:  Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum Bersih 5

Beliau memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya.

Maria juga memohon perintah agar tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA atau perintah lain.

Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata penahanan ibunya di bawah SOSMA adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide atas alasan responden tidak menyatakan sebab pemohon ditahan di bawah akta berkenaan.

Azumin berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas.
Beliau yang hadir di mahkamah berkata ibunya tidak mengetahui lokasi sebenar tempat tahanannya kerana matanya ditutup setiap kali dibawa keluar dari tempat tahanan itu.

Katanya beliau ada melawat ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Ahad lepas.

Maria masih ditahan sehingga hari ini berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 5 di sini pada Sabtu lalu. -- Bernama
 
 


Demikianlah Artikel Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan

Sekianlah artikel Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/maria-chin-fail-habeas-corpus-pohon.html

Subscribe to receive free email updates: