Judul : Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal?
link : Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal?
Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal?
Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan. |
Apabila Presiden Pas Hj Hadi dan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pakat-pakat membuat kenyataan mengumumkan yang kononnya PAS sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu, ternyata bahawa mereka berdua ini langsung tidak ada sifat rasa malu cuba untuk membohongi rakyat Malaysia.
Hj Hadi dan Hashim Jasim memang berbohong bila menyatakan PAS sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu.
Apakah Hj Hadi dan Hashim ingat kita semua sudah lupa yang PAS sebelum ini telah menolak sebarang rundingan dengan mana-mana pihak di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu?
Apakah Hj Hadi ingat kita semua lupa yang kamu telah istiharkan perjuangan parti Islam kamu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara.
“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” Baca di sini di sini
Apakah Hashim Jasin ingat kita semua lupa sewaktu ucapan pertamanya selaku mursyidul am dengan jelas tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mahu menjatuhkan perdana menteri.
PAS menolak sebarang kerjasama semata-mata untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri.
“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi,” katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi. Baca di sini
Kalau Pas sudah tidak mahu bekerjasama untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri, apa perlunya Pas menyertai PRU yang akan datang?
Apakah perubahan sikap mereka kerana mahu bertarik tali dengan Umno setelah hajat untuk bawa RUU 355 gagal?
Pas amat kecewa apabila janji Umno untuk memberi laluan Hj Hadi menjadi hero RUU 355 tidak tercapai sebagaimana yang dijanjikan.
Bayangkanlah, betapa kecewanya Hj Hadi setelah beliau bersunggoh-sunggoh menggerakkan seluruh jentera partinya melancarkan kempen ‘Sokong RUU 355’ sejak sekian lama…
Kekecewaan Hj Hadi dan seluruh ahli Pas hanya mampu digambarkan melalui ucapan Naib Presidennya, Idris Ahmad yang berkata, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.
Nak kata apa lagi?? "Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris di sini.
Pas kena kencing Umno sebab tak ikut cakap almarhum TGNA yang pernah peringatkan kita semua dulu : Jangan percayakan Umno!
Kalau dah kena kencing berkali-kali dan masih tidak serik, itu namanya bebal!
Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku - atTakiri |
Pas tentunya bertujuan mahu menyisihkan Amanah daripada Pakatan Harapan.
Keengganan PAS mengadakan sebarang kerjasama dengan PH sebelum ini adalah kerana ia turut dianggotai parti AMANAH yang dilabel sebagai pengkianat oleh Hj Hadi.
Keengganan PAS mengadakan sebarang kerjasama dengan PH sebelum ini adalah kerana ia turut dianggotai parti AMANAH yang dilabel sebagai pengkianat oleh Hj Hadi.
Pas sudah tentu mahu status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini mahu dikekalkan. Kemana mahu letaknya Amanah ?
Pas yang telah banyak pengalaman kena kencing Umno berkali-kali kini cuba nak kencing Pakatan Harapan pula??
Amat bebal jika Pakatan Harapan turut bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal!
Amat bebal jika Pakatan Harapan turut bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal!
Demikianlah Artikel Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal?
Sekianlah artikel Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/pakatan-harapan-bersedia-untuk-kena.html