Judul : PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI
link : PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI
PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI
Saya melihat politik Malaysia yg semakin menghampiri PRU-14 ini memerlukan parti2 gabungan dalam PH termasuk Bersatu memuktamadkan pembentukan kolisi alternatif rakyat kepada BN yg merupakan kolisi gabungan lebih kurang 14 buah parti yg diketuai Umno.
Mutakhir ini, PAS beberapa kali telah menjelaskan pendirian tegasnya bahawa mereka sama sekali tidak akan menyertai PH.
Dan pendirian tegas PAS ini seharusnya memberi kesedaran yg sebenar-benarnya kepada mana2 pemimpin2 PH dan Bersatu yang masih lagi mengharapkan komitmen PAS, bahawa sehingga "kucing bertanduk" sekalipun PAS akan tetap tidak akan bekerjasama dengan pembangkang utama kerana faktor wujudnya Amanah dalam pentas politik Malaysia dan penglibatan DAP sebagai komponen utama dalam PH.
Berundinglah lagi walau 48 jam tanpa henti sekalipun, selagi adanya Amanah dan DAP, PAS tetap tidak akan berganjak untuk dari mengorbankan pendirian atau menjilat kembali ludah mereka.
Jadi, biarlah noktahnya di sini sahaja. Tiada lagi perbincangan dan rundingan. Masa sudah terlalu suntuk bagi PH dan Bersatu untuk memikirkan sebuah parti Sang Kelembai yang "sepak dok reboh, gocoh dok sakit" ini. Biarlah PAS dengan cara politik mereka, ijtihad dan istiqamah mereka walaupun pada hakikatnya dalam sistem politik demokrasi Malaysia, parti Sang Kelembai itu sebenarnya sudah terperangkap, tersudut dan berada di jalan mati.
Dan seperti yg disebut oleh Datuk Husam dan Tun Dr. Mahathir bahawa 3 penjuru adalah pilihan yg wajar masa kini, dan berdasarkan senario politik semasa, peluang PH yg menggabungkan empat parti politik utama iaitu Bersatu, Amanah, PKR dan DAP tetap mempunyai peluang besar untuk mengalahkan BN.
Justeru dengan mengambilkira faktor2 berikut:
[1] Dapatan kajian Invoke bahawa 24% pengundi PAS akan menyokong PH;
[2] Bersatu akan mengalihkan (swing) undi (Melayu) BN dalam PRU-13 kepada PH sekurang2nya 13%;
[3] Sokongan pengundi Cina terhadap PH kekal 85-90%
[4] Trend pengundi muda dan pengundi atas pagar memihak PH ekoran terkesan dengan kos kehidupan dari kegagalan dasar2 ekonomi kerajaan serta skandal2 besar seperti 1MDB dan lain2;
Maka, saya mengira bahawa strategi 3 penjuru seluruh negara adalah "praktik politik" yang paling wajar buat masa ini dan seharusnya bermula hari ini seluruh komponen PH bersatu di bawah satu panji bagi menggerakkan kempen dan persiapan ke arah PRU-14.
Dan takala di waktu pertandingan 3 penjuru telah berlaku yang menyaksikan persaingan antara BN, PH dan PAS-Ikatan di seluruh kawasan di Malaysia, percayalah bahawa pada masa itu, rakyat hanya melihat dua pilihan yg wujud iaitu:
(1) Pakatan Harapan,
(2) Barisan Nasional.
PAS-Ikatan hanya akan dilihat dan dinilai oleh rakyat tidak lebih sebagai sebuah parti atau calon bebas yg hanya mencari peluang dan mencuba nasib.
DMA
Demikianlah Artikel PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI
Sekianlah artikel PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERTANDINGAN TIGA PENJURU PADA PRU-14 ADALAH PILIHAN PALING WAJAR MASA KINI dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pertandingan-tiga-penjuru-pada-pru-14.html