Memanglah PM akan nafi, kata Azmin

Memanglah PM akan nafi, kata Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Memanglah PM akan nafi, kata Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memanglah PM akan nafi, kata Azmin
link : Memanglah PM akan nafi, kata Azmin

Baca juga


Memanglah PM akan nafi, kata Azmin

Shakira Buang


Tunggu dan lihat - itu janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, selepas perdana menteri menganggapnya berbohong dalam dakwaan peletakan jawatan seorang menteri kanan kabinet.

Ditemui media sebentar tadi, Azmin berkata, tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Najib Razak menafikan ada anggota kabinetnya akan meletak jawatan.

Kata Azmin, maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini.

"Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan.

"Tunggu, kita akan umumkan," kata Azmin.

Timbalan presiden PKR itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal Jaksa Pendamai (JP) Selangor di Klang, malam ini.

Turut hadir, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Beliau (perdana menteri) memang perlu menafikannya," kata beliau.

Petang tadi Azmin membayangkan mengenai peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib melalui catatan di Twitter.

Bagaimanapun ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.

Malam ini Najib menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan. Justeru, kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.

Kenyataan Azmin malam ini sebaliknya menguatkan lagi khabar angin mengenai peletakan jawatan tersebut. Tambahan pula penegasan dibuat beliau bahawa maklumat berkenaan disampaikan terus kepadanya.

Setakat ini tidak dapat dipastikan mengapa peletakan jawatan itu akan diumumkan oleh pihak Azmin, kecuali - jika peletakan jawatan itu benar-benar berlaku - menteri terbabit memutuskan untuk menyertai pembangkang.

Menurut kenyataan di Twitter itu, Azmin mendakwa peletakan jawatan berkenaan ada kaitan dengan isu 1MDB.

"Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan," katanya.




Demikianlah Artikel Memanglah PM akan nafi, kata Azmin

Sekianlah artikel Memanglah PM akan nafi, kata Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Memanglah PM akan nafi, kata Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/memanglah-pm-akan-nafi-kata-azmin.html

Subscribe to receive free email updates: