Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur

Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur
link : Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur

Baca juga


Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan ‘Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi’ yang pada mulanya memilih Padang Merbok untuk berkumpul pada 18 Februari ini akan berpindah ke lokasi lain.
 
Keputusan itu dibuat susulan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada PAS untuk menganjurkan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok pada hari sama.
 
Perhimpunan balas itu bagi memprotes rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Bebas, penganjurnya memilih Padang Timur di Dataran Petaling Jaya, berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall untuk mengadakan perhimpunan pada hari sama.
 
Bebas juga terkejut dengan keputusan DBKL memberi kelulusan kepada PAS untuk menggunakan lokasi asal mereka berhimpun.
 
“Ia menunjukkan keinginan PAS untuk mencetuskan kekecohan dan menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin menyuarakan bantahan mereka terhadap RUU 355 secara aman.
 
“Memandangkan Bebas tidak berminat berkonfrontasi dengan PAS, kami memutuskan berpindah ke lokasi lain. Kami sudah maklumkan kepada polis, seperti diperuntukkan undang-undang,” kata ahli NGO itu, Azrul Mohd Khalib dalam kenyataan, Rabu.
 
Pada pagi Rabu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz memaklumkan persetujuan untuk PAS menggunakan Padang Merbok.
 
“Permohonan ini dipersetujui memandangkan Taman Tasik Titiwangsa terlibat dengan kerja naik taraf untuk (projek) ‘River of Life’ yang tidak membenarkan sebarang aktiviti besar diadakan.
 
“DBKL tiada masalah dengan permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan dengan syarat mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya



Demikianlah Artikel Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur

Sekianlah artikel Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perhimpunan 'Rakyat Malaysia Tolak RUU Hadi' pindah ke Padang Timur dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/perhimpunan-rakyat-malaysia-tolak-ruu.html

Subscribe to receive free email updates: