Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu..

Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu..
link : Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu..

Baca juga


Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu..


Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, beliau tidak menentang bulat-bulat cadangan Pemuda Umno supaya siasatan suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan Bank Negara kerugian berbilion dolar dalam pasaran pertukaran asing pada tahun 1991.

Bagaimanapun, beliau berkata siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh, merangkumi seluruh kabinet semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ketika itu. Ini termasuk ke atas Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu yang kedua-dua mereka kemudiannya menjadi perdana menteri. “Jangan lupa bahawa Era Tun Mahathir pun merupakan Era Umno juga. “Jika benar Mahathir didapati bersalah, ini bermakna satu Umno juga bersalah kerana mempertahankan beliau. “Jika benar mahu menghukum Mahathir, setiap ahli Umno yang membantu dan mempertahankan beliau harus turut dihukum setimpal timpalnya,” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini. Syed Saddiq juga mempersoalkan mengapa pemimpin Umno kini membangkitkan isu berusia tiga dekad itu tetapi tidak mengendahkan isu semasa seperti skandal 1MDB. “Sisatan RCI boleh dilakukan, bukan tak boleh akan tetapi lakukan juga siasatan RCI kepada semua yang dituduh dan diselubung keraguan terutamanya tentang penyelewengan wang oleh Najib dan skandal 1MDB sekali. “Jangan sekadar menggunakan undang-undang untuk menghukum orang yang tidak sebulu, sambil membutakan mata dan memekakkan telinga bila integriti kroni sendiri dipersoalkan,” katanya. Syed Saddiq mengulas tindakan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang semalam membuat laporan polis ke atas kerugian forex pada 1991 dan menuntut untuk siasatan RCI. Khairul Azwan mendakwa bahawa bank pusat itu kehilangan AS$180 bilion daripada pendedahan perdagangan forex itu dan hampir bankrap.


Demikianlah Artikel Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu..

Sekianlah artikel Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal Forex: Najib Juga Sebahagian Dari Kabinet Masa Itu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/skandal-forex-najib-juga-sebahagian.html

Subscribe to receive free email updates: