DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP

DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP
link : DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP

Baca juga


DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP

| MALAYSIA DATELINE
 
 
Zulhazmi ShariffZulhazmi Shariff

Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah Zulhazmi Shariff mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membatalkan rizab tanah lot 55121 Mukim Kuala Lumpur yang sepatutnya di bawah kawalan Ketua Setiausaha Negara.

Menurut peguam itu kepada Roketkini, kawasan itu telah dirizabkan sebagai kawasan lapang sejak 30 September 2005 dan menjadi padang bola sepak Jalan Jujur.

Namun dedah beliau, DBKL pada 4 November 2015 telah membuat permohonan pembatalan rizab tanah itu dengan persetujuan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum dijual kepada pemaju.

Penjualan kepada Tetuan Sinerjuta Sdn. Bhd itu kononnya adalah bagi membina rumah gantian kepada 640 unit rumah pangsa Seri Labuan di Bandar Tun Razak.

Akhirnya, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan telah mewartakan pembatalan tersebut pada 9 Januari 2017.

“Sekarang tanah Lot 55121 Mukim Kuala Lumpur sudah menjadi tanah kosong yang akan diserahmilik kepada DBKL dan kemudiannya dijual kepada Tetuan Sinerjuta Sdn Bhd,” kata Zulhazmi, memetik laporan Roketkini.

Bagaimanapun, Zulhazmi berkata, alasan tanah itu dijual bagi pembangunan rumah gantian adalah langsung tidak munasabah.

“Baru saja pada 24 Januari lalu, DBKL menyatakan belum ada keputusan rasmi terhadap cadangan pembangunan semula Perumahan Awam Seri Labuan.

“Jika belum ada perancangan, bagaimana jabatan yang sama pada 5 Oktober 2015 menyatakan penjualan tanah itu adalah untuk pembangunan membina rumah gantian bagi rumah pangsa Seri Labuan?” soalnya.

Menurut Zulhazmi, kes padang bola sepak Jalan Jujur itu merupakan contoh ‘penipuan klasik tahap tertinggi’ oleh Tengku Adnan dan DBKL dalam penjualan tanah kepada pemaju tertentu.

“Ada lagi beberapa kes yang akan didedahkan selepas ini melibatkan Menteri Wilayah Persekutuan, DBKL dan pemaju berkaitan.

“Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL perlu jelaskan perkara ini,” tegasnya yang merupakan bekas exco Pemuda Pas Malaysia.

Zulhazmi membangkitkan perkara itu berdasarkan jawapan Tengku Adnan terhadap pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Parlimen pada 7 Mac lalu.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menyatakan semua permohonan penjualan tanah akan dipertimbangkan di peringkat jawatankuasa yang dipengerusikan DBKL sebelum ia ditawarkan kepada pemaju.



Demikianlah Artikel DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP

Sekianlah artikel DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DBKL jual tanah rizab kepada pemaju, soal peguam DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/dbkl-jual-tanah-rizab-kepada-pemaju.html

Subscribe to receive free email updates: