Judul : UNTUNGNYA JADI PETER SONDAKH DARI INDONESIA, RM305 JUTA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBERI KEPADANYA
link : UNTUNGNYA JADI PETER SONDAKH DARI INDONESIA, RM305 JUTA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBERI KEPADANYA
UNTUNGNYA JADI PETER SONDAKH DARI INDONESIA, RM305 JUTA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBERI KEPADANYA
shahbudindotcomAwal minggu ini, saya telah mengajukan satu soalan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk membina hotel mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) milik Tan Sri Peter Sondakh.
Saya telah menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib sendiri yang menyempurnakan upacara pecah tanah hotel mewah St Regis dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) itu sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.
Perkara ini dilaporkan oleh Bernama yang turut disiarkan oleh The Malaymail Online di capaian berikut:
http://ift.tt/2nf68oO
Merujuk kepada laporan Bernama mengenai perkara ini, butiran mengenai kedua-dua projek itu adalah seperti berikut:
1. Dato’ Seri Najib mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka diadakan pada April 2015 akan diadakan di LICC.
2. Pembinaan Hotel St Regis dan LICC (bagi tujuan Sidang Kemuncak ASEAN 2015) dikendalikan oleh Kumpulan Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh dan bakal disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh pecah tanah.
3. Tan Sri Peter Sondakh menyatakan bahawa pihaknya memerlukan bantuan dari Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Kementerian Kewangan.
4. Projek untuk membina Hotel St Regis dan LICC itu dianggarkan menelan belanja RM400 juta.
Hari ini, saya ingin membongkarkan lagi beberapa fakta penting yang menunjukkan bagaimana hotel mewah St Regis Hotel dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) ini dibiayai oleh rakyat walaupun ia dimiliki oleh Tan Sri Peter Sondakh, sahabat Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya sertakan laporan Bernama yang bertarikh 30 Mei 2016 bertajuk “St Regis Langkawi seen as a boost” yang turut disiarkan oleh The Edge Property di capaian http://ift.tt/2nffy3W.
Berita itu melaporkan temuramah ringkas Bernama dengan Dato’ Seri Najib selepas beliau sendiri melawat persiapan Hotel St Regis Langkawi sebelum ia dibuka secara rasmi oleh DYMM SBP Agong. Ia menunjukkan bagaimana projek hotel mewah milik Tan Sri Peter Sondakh ini cukup istimewa kepada Dato’ Seri Najib sehingga beliau sendiri yang menyemak persiapan perasmian hotel tersebut.
Laporan Bernama itu juga melaporkan bahawa Hotel St Regis Langkawi ini ialah satu projek usahasama di antara Kementerian Kewangan dan Kumpulan Rajawali (yang dimiliki Tan Sri Peter Sondakh).
Sementara laporan itu mengesahkan kenyataan saya sebelum ini mengenai penglibatan kerajaan dalam projek swasta milik Tan Sri Peter Sondakh, saya yakin rakyat akan lebih terkejut apabila mengetahui jumlah wang rakyat yang terlibat membiayai projek swasta ini.
Projek St Regis Hotel Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) dibangunkan dan dimiliki melalui dua syarikat swasta yang berbeza, seperti berikut:
i. Hotel St Regis Langkawi – dimiliki oleh syarikat Integrated Nautical Resort Sdn Bhd yang ditubuhkan khusus untuk membina, memiliki dan menjalankan perniagaan Hotel St Regis seperti terkandung di dalam penyata maklumat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
ii. Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) – dimiliki oleh syarikat Garuda Suci Sdn Bhd yang ditubuhkan khusus untuk membina, memiliki dan menjalankan perniagaan Pusat Persidangan Antabangsa Langkawi (LICC) seperti terkandung di dalam penyata maklumat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dari kedua-dua penyata SSM ini, kita boleh menentukan berapa pinjaman yang telah diambil atau dana yang telah disuntik untuk membiayai projek-projek ini kerana maklumat-maklumat hutang dan cagaran disenaraikan di bahagian “Cagaran” (atau “Company Charges”).
Saya simpulkan maklumat-maklumat berkaitan jumlah modal yang disuntik, anggaran kos pembinaan dan hutang-hutang yang diambil untuk membiayai kedua-dua projek ini seperti berikut: (Lampiran boleh didapati di blog saya: http://ift.tt/2m6sAPm).
Bagaimana sebuah hotel mewah seperti St Regis yang dimiliki oleh Tan Sri Peter Sondakh, milik ahli perniagaan besar yang bukan rakyat Malaysia pun boleh dibiayai oleh wang rakyat melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)? Malah, pentadbiran Dato’ Seri Najib memberikan pula geran untuk Tan Sri Peter Sondakh membina dan memiliki hotel mewah ini.
Apa alasan Dato’ Seri Najib membenarkan sejumlah RM267 juta wang rakyat disalurkan kepada Tan Sri Peter Sondakh sehingga jumlah itu bersamaan dengan 92% dari keperluan pembiayaan projek membina hotel mewah St Regis Langkawi, yang sebahagian besar rakyat Malaysia tidak akan ada peluang untuk mendapat manfaat daripadanya.
Begitu juga jumlah wang rakyat sebanyak RM73 juta dalam bentuk pinjaman dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan geran kerajaan yang disalurkan kepada Tan Sri Peter Sondakh untuk membina dan memiliki Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC). Bukan sahaja pembinaan sebuah lagi Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) semata-mata untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015 adalah satu pembaziran, tetapi pembiayaannya melalui wang rakyat adalah satu penghinaan kepada rakyat dalam keadaan cukai GST dikutip dari rakyat.
Sebab itu saya mempertahankan kenyataan saya bahawa persahabatan karib di antara Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Peter Sondakh tidak lagi boleh disembunyikan dan ini menimbulkan tanda tanya penting sama ada persahabatan ini mendorong pembelian saham-saham dalam syarikat perladangan Indonesia milik Tan Sri Peter Sondakh yang merugikan Felda.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN.
Demikianlah Artikel UNTUNGNYA JADI PETER SONDAKH DARI INDONESIA, RM305 JUTA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBERI KEPADANYA
Sekianlah artikel UNTUNGNYA JADI PETER SONDAKH DARI INDONESIA, RM305 JUTA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBERI KEPADANYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UNTUNGNYA JADI PETER SONDAKH DARI INDONESIA, RM305 JUTA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBERI KEPADANYA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/untungnya-jadi-peter-sondakh-dari.html