Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah

Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah
link : Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah

Baca juga


Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah


 Seorang ahli akademik Islam yang juga seorang pengkaji bidang teologi yang telah membaca banyak tulisan-tulisan berkait dengan Judaisme, Christian dan juga telah menonton semua syarahan Dr. Zakir, tidak bersetuju pandangan bukan Islam yg mengatakan Dr. Zakir Naik menghina agama lain.

"Tiada unsur menghina dari hujah-hujah Dr. Zakir. Beliau cuma memperlihatkan kebenaran Islam dari perspektif kitab2 Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Veda, kitab2 falsafah.

 Suka saya mengingatkan bahawa Dr. Zakir sangat berpengaruh dan sesetengah umat Islam melihat beliau sebagai "penghujjah Islam" abad ini.

Umno memperalatkan Dr Zakir

Namun beliau menyatakan rasa kesal lantaran kenyataan-kenyataan Dr. Zakir Naik akhir-akhir ini yang menyentuh isu perpaduan ummah Umno-PAS itu jelas menunjukkan "permainan" Umno yg melihat Dr. Zakir sebagai satu aset baru yg boleh dipergunakan.

"Dr. Zakir terhutang budi dgn jasa kerajaan Malaysia yg memberi pelbagai penghargaan dan seolah-olah juga diberi perlindungan oleh pemerintah di sini.

"Umno tahu potensi Dr. Zakir utk bangkitkan sentimen Melayu-Islam. Isu Dr. Zakir Naik boleh menambahkan sokongan Melayu Islam Pas. Umno tidak paduli sentimen bukan Melayu sebab mereka tahu bukan Melayu tidak lagi menyebelahi mereka. Yang perlu dijaga ialah Melayu-Islam. Semakin kuat pemimpin DAP mengecam Dr. Zakir, semakin kondusif bagi Umno." Katanya.

Sikap Bias Dr Zakir

 Menurutnya, apa pun sebab atau alasan membawa Dr Zakir ke Malaysia, itu isu secondary. Dr Zakir seharusnya lebih arif adab-adab menumpang di rumah orang iaitu dengan tidak mencampuri hal urusan jiran sebelah rumah. Jangan komen isu-isu negara yang sifatnya BIAS.

"Mengeluarkan kenyataan yg partisan mendedahkan kredibiliti di tahap paling rendah..

"Think thankers umno bijak. Mereka sedang pasang jerat, dan nampaknya mengena (terutama DAP).

Bantahan oleh DAP keatas Dr Zakir ni kalau atas isu agama, ianya memang banyak merugikan PH. Biarlah hanya terhad atas anugerah PR tu sahaja.

"Adalah penting bagi pemimpin2 Islam dalam PH dapat berbincang dengan DAP supaya lebih sederhana dan profesional dalam desakan mereka, ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak." Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin Islam dalam PH.

Isu status PR Dr Zakir

Beliau bersetuju bahawa kaum India ada hak menyuarakan pandangan mereka diatas pemberian status PR kpd Dr Zakir kerana ramai komuniti india yg lahir di sini masih tidak mendapat status kerakyatan.

"Dalam konteks hak mendapatkan kerakyatan, memang kaum India wajar tuntut equality and justice.

"Pada masa yg sama, pihak yg yg membantah, termasuk DAP atau mana2 pemimpin PH yg dilihat bersama dgn bukan Islam akan dilihat dan diperlihatkan oleh propagandis pro BN bahawa penentang2 ini sebagai "musuh Islam" yg perlu ditolak." pesannya lagi.

Umno Pembela Islam?

Beliau percaya kerajaan Malaysia akan terus melengahkan permintaan antarabangsa dan bantahan bukan Islam di negara ini, memastikan Dr. Zakir akan terus dalam perlindungan Malaysia.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai "wira" kerana membela seorang tokoh pendakwah Islam yg dikagumi se dunia.

‬Beliau juga sangat pasti UMNO BN akan terus "menyimpan" Dr. Zakir ini sekurang2nya sehingga selesai PRU 14, dan selepas itu pasti mereka akan cuci tangan selepas menang kelak.

Pemimpin PH Jangan Melatah

 Beliau berpendapat, dalam isu ini, pemimpin PH jangan melatah, biarkan Umno selesaikan isu ini sbb merekalah yg memberikan PR kepada Dr. Zakir.

"PH jangan menambah rencah dan rempah sbb isu ini tak ada kena mengena dgn PH. Ini isu yg berpalit dileher Umno dan ia menjadi backfire kpd UMNO BN.

"Lihat sahajalah isu PR Dr. Zakir ini, dah ada tanda2 keretakan antara Zahid dgn Hisham dan Najib.

"Pendedahan Zahid bahawa Dr. Zakir telah diberi PR sejak 5 tahun dahulu umpama "peluru berpandu" yg dituju kepada Najib dan sepupunya." Katanya.

Beliau menasihatkan PH tak perlu terlebih sudu dari kuah. Biar mereka selesaikan masalah mereka. Pemimpin PH perlu uruskan "persepsi" dari isu ini dgn sebaiknya. Jadilah ahli politik yg lebih bijak daripada UMNO-PAS dlm menangani isu2 agama.

"Ahli politik yang mewakili parti-parti dalam PH jadi pemerhati sahaja sudah cukup.

"Pemimpin PH kena cerdik bila berdepan isu-isu seperti ini, jangan terlalu lurus seperti pemimpin PAS, Umno cucuk sikit dgn isu hudud, mereka melompat macam kera kena belacan.

"Pemimpin-pemimpin PH jangan ulangi kesilapan PAS dlm isu agama. Kenyataan-kenyataan yg boleh membangkitkan sentimen orang Islam boleh mengeruhkan lagi keadaan dan memberi 'vitamin tambahan' kepada UMNO-PAS." Beliau mengakhiri pesanannya. ~ sumber grp wassap.


Demikianlah Artikel Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah

Sekianlah artikel Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Dr Zakir Naik : Pemimpin PH Jangan Melatah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/isu-dr-zakir-naik-pemimpin-ph-jangan.html

Subscribe to receive free email updates: