Judul : Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib?
link : Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib?
Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib?
MOHD ALI HASHIMFakta bahawa pemimpin MCA dan Gerakan tidak berani menegur kleptokrasi yang diamalkan perdana menteri Datuk Sri Najib Razak membolehkan calon mereka tidak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum nanti.
Demikian kata Datuk Husam Musa ketika memberikan ceramah di Tasek Gelurgor semalam.
Husam yang memberikan ceramah bersama Tun Dr Mahathir dan Nurul Izzah Anwar bertanya, kenapa sehingga kini tiada seorang pun dari pimpinan MCA maupun Gerakan yang berani bersuara untuk menegur kleptokrasi yang diamalkan Najib.
Sejak sekian lama isu ini dibangkitkan sehigga ke Parlimen, tetapi pimpinan MCA dan Gerakan semakin membisu seribu bahasa.
Apakah mereka tidak faham apa yang sedang dipersoalkan oleh rakyat atau terpaksa membisu seribu bahasa.
Tanya beliau lagi, apakah MCA dan Gerakan yang telah pun sedar bahawa Najib tidak layak untuk memimpin negara dan komponen parti mereka tidak mempunyai pendirian.
"Mana pendirian MCA dalam isu 1MDB yang begitu banyak diperkatakan sehingga ke hari ini oleh rakyat maupun pimpinan pembangkang.
"Apakah Parti Gerakan juga goyang dan tidak mempunyai pendirian setelah tahu bahawa skandal yang melibatkan Najib dalam isu kewangan negara begitu terserlah.
"Kenapa kedua-dua parti komponen BN tersebut tidak langsung bersuara setelah begitu banyak kleptokasi dan penyelewengan membabitkan Perdana Menteri dibongkar," kata Adun Salor Kelantan itu.
Tegasnya lagi, sekiranya kedua-dua parti tersebut tidak berani untuk mengeluarkan bantahan terhadap kejelekan yang dilakukan oleh Najib dalam isu 1MDB, secara jelas membuktikan bahawa MCA dan Gerakan tidak layak untuk menerima mandat rakyat lagi.
"Sepatutnya MCA dan Gerakan berjuang untuk kepentingan negara dan bukannya untuk mempertahankan kedudukan Najib.
"Penyelewengan, kerugian dana negara dan wang rakyat harus ditentang tidak kira siapa yang melakukannya.
"Kalau sudah tahu Najib terlibat, kenapa MCA dan Gerakan tidak berani menentang kleptokrasi dan skandal tersebut, tidak beranikah mereka, " jelas naib presiden Amanah itu lagi yang mendapat tepukan ribuan hadirin yang membanjiri program ceramah tersebut.
Oleh kerana itu katanya, rakyat negara ini harus membuat perubahan dalam pilihan raya yang begitu hampir tidak lama lagi.
Malah katanya, negara tidak harus ditadbir oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai sepertimana yang sedang dipertontonkan oleh Najib dan pimpinan Umno serta BN dan sekutunya.
Justeru itu tambahnya, PH telah pun mempunyai pasukan pimpinan yang 'reliable' serta boleh dipercayai bagi menggantikan Umno dan BN untuk menerajui negara.
Rentetan itu, rakyat harus membuat pendirian tegas dengan menolak Umno dan BN serta yang seiring dengannya dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Tun Mahathir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah serta mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan kepimpinan PH Pulau Pinang.
Demikianlah Artikel Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib?
Sekianlah artikel Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa MCA, Gerakan takut tegur kleptokrasi Najib? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/kenapa-mca-gerakan-takut-tegur.html