Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO

Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO
link : Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO

Baca juga


Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO

THE MALAYSIAN T IMES



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menasihatkan pemimpin Umno supaya tidak perlu menjadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema perhimpunan parti itu.

“Mereka perlu menerima hakikat bahawasanya PAS akan terus berjuang membina “Negara Sejahtera Bersama Islam” dengan  menjadikan Gagasan Sejahtera sebagai platform.

“Saya terbaca satu keratan akhbar bertajuk ‘Ku Nan: Up to PAS to Return to Umno Fold’ terbitan The Star.

“Kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah PAS ingin kembali ke pangkuan Umno sepertimana dakwaan beliau lahirnya parti ini dari sayap Umno (Biro Agama dan Pelajaran Umno).

“Pertama, Umno dan pimpinannya terlebih dahulu perlu membaca sejarah penuh tentang penubuhan PAS dari pelbagai sudut, jangan hanya diambil sudut kecil kemudian membuat kesimpulan yang tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, asasnya, PAS ditubuhkan oleh orang Umno tetapi bukan sebagai sayap kepada Umno.

“Dalam masa yang sama, PAS juga ditubuh oleh ahli-ahli Hizbul Muslimin selepas diharamkan pada 1948. Ini bererti bukan (ahli) Umno sahaja yang terlibat dengan penubuhan PAS.

“N.J Fuston dalam tulisannya ‘Malay Politic in Malaysia, 1945-1969, A Case Study of the Umno and the Pan-Malayan Islamic Party (PAS)’ menyebutkan “PAS telah mewarisi tiga ideologi politik iaitu tradisi sosialis dari Malay National Party, tradisi modernisasi Islam yang dibawa oleh Hizbul Muslimin dan tradisi perjuangan badan-badan anti Umno pada tahun 1950-an”.

“Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa tidak semudah itu untuk menjustifikasikan PAS sebagai “lahir dari sayap Umno” semata-mata.

“Kedua, PAS tetap bertegas tidak akan menyertai mana-mana blok yang lain apatah lagi kembali menyertai Umno, sebaliknya PAS akan terus memberikan komitmen terhadap Gagasan Sejahtera.

“PAS terus akan kritikal memberikan pandangan, mengangkat isu nasional dan mengkritik sebarang pencemaran budaya politik dan ekonomi negara, di samping sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan dalam isu ummah dan melibatkan kepentingan agama Islam.

“Sesuai dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), PAS akan memainkan peranan yang signifikan dalam arus perdana politik tanah air seterusnya jujur dalam mengkritik, tegas berpegang pada prinsip Islam berasaskan konsep keadilan dan kesatuan ummah serta mewujudkan semak dan imbang (check and balance) yang berkesan kepada pembangunan masa depan masyarakat dan negara,” katanya.



Demikianlah Artikel Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO

Sekianlah artikel Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan jadikan “agenda hala tuju politik PAS” sebagai tema himpunan UMNO dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/jangan-jadikan-agenda-hala-tuju-politik.html

Subscribe to receive free email updates: