Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran

Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran
link : Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran

Baca juga


Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran

MALAYSIAKINI


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa anggota PAS kini semakin bersikap lunak terhadap Umno.

Menulis di Facebook, katanya, beliau melihat bukan daripada isu kerjasama politik tetapi lebih kepada kerjasama hubungan sesama umat Islam diperkukuhkan.

“Berita yang menarik. Semoga mendapat rahmat Allah buat kedua-dua pihak.

“Semoga kita semua menjadi umat yang satu dengan kepada hanya Allah kita menyembah. Kerjasama itu jika ikhlas sesuatu yang baik,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam bahawa anggota PAS kini semakin bersikap lunak terhadap Umno apabila tidak lagi memainkan isu kafir-mengkafir dan pulau-memulau antara penyokong sehingga menyebabkan pergeseran dalam masyarakat.

Pemimpin Umno Kelantan itu juga dilaporkan berkata, beliau yakin orang Islam semakin insaf dan sedar bahawa mereka perlu bersatu.

Mengulas lanjut, Dr Asri pada masa sama mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak boleh mendiamkan diri jika ada kemungkaran dalam pengurusan politik dan pentadbiran rakyat.

“Hubungan sesama Muslim diperkukuhkan namun tugas kehidupan Muslim iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran mestilah berterusan,” kata mufti itu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut ataupun menyentuh mana-mana isu mengenai kemungkaran pengurusan politik dan pentadbiran rakyat itu.

Rakyat hari berdepan dengan pelbagai cabaran hidup termasuk berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat, kesukaran mendapatkan pekerjaan dan kenaikan barangan keperluan, sedangkan pentadbiran negara terpalit dengan beberapa skandal, termasuk 1MDB dan SRC International.




Demikianlah Artikel Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran

Sekianlah artikel Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti: Tak boleh diamkan diri jika ada kemungkaran dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/mufti-tak-boleh-diamkan-diri-jika-ada.html

Subscribe to receive free email updates: