PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki

PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki
link : PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki

Baca juga


PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menyanggah amaran Datuk Ezam Mohd Nor selain bertegas mereka tahu 'kelicikan' ahli politik itu, tegas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikannya, Dr Zuhdi Marzuki.
 
"PAS ada pengalaman berhadapan dengan Umno lebih 60 tahun, dan PAS tahu dengan lebih mendalam selok-belok politik Umno.
 
"PAS juga ada pengalaman dengan Ezam, dan tahu juga kelicikan politik Ezam," demikian menurutnya.
 
Zuhdi mengulas surat terbuka yang dikemukakan Ezam terhadap Majlis Syura PAS beberapa hari lalu yang meminta parti supaya berwaspada dengan Umno yang dikhuatiri mempunyai motif tertentu apabila cuba berbaik-baik dengan PAS sejak kebelakangan ini.
 
Ezam mendakwa Umno sengaja berbaik-baik dengan PAS sebagai cubaan menutup skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
"Dalam membuat keputusan dan langkah politik, PAS membuat keputusan secara kolektif. PAS mengamalkan konsep taawun, bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja atas dasar untuk melaksanakan perkara kebaikan dan ketakwaan," kata Zuhdi.
 
Bukan itu sahaja, Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS juga menegaskan hubungan baik PAS dan Umno yang menimbulkan kehairanan dikalangan sesetengah pihak bukan bertujuan melindungi Datuk Seri Najib Razak setelah perdana menteri itu dihimpit pelbagai kontroversi kepimpinan.
 
"Atas asas itu PAS bekerjasama dengan kerajaan Malaysia yang diterajui Najib atau Umno seperti kerjasama dalam isu memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah. PAS bekerjasama untuk mendaulatkan Islam, bukan mempertahankan Najib.
 
"(Jadi) tiada keperluan untuk Majlis Syura PAS respon (surat Ezam)," ujar Zuhdi lagi.
 
Selain Ezam, PAS sebelum ini 'diserang' Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menuduh bekas pemimpinnya, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima sebahagian dana 1MDB untuk disalurkan kepada parti, atas tujuan melunakkan suara PAS terhadap kontroversi yang melanda Najib.
 
Nasharudin bagaimanapun menafikan penglibatannya, dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.
 
 


Demikianlah Artikel PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki

Sekianlah artikel PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS 'kenal' siapa Ezam mohd Nor, kata Zuhdi Marzuki dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pas-kenal-siapa-ezam-mohd-nor-kata.html

Subscribe to receive free email updates: