Judul : Purata kes demam denggi setiap minggu menurun - Dr Subramaniam
link : Purata kes demam denggi setiap minggu menurun - Dr Subramaniam
Purata kes demam denggi setiap minggu menurun - Dr Subramaniam
ASTRO AWANIKatanya, purata kes dicatatkan setiap minggu tahun ini ialah antara 1,700 hingga ke 1,800 kes berbanding tahun lalu iaitu 3,300 hingga ke 3,400 kes seminggu.
Bagaimanapun katanya jumlah itu dijangka meningkat bermula Ogos ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya cuaca dan perubahan serotaip virus denggi (serotype shift), yang menyebabkan deman denggi,
"Sehubungan itu semua pihak termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anggota masyarakat perlu berganding bahu dalam usaha memerangi demam denggi," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Meletakkan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata SJKT Taman Keladi merupakan sekolah tamil yang ke-528 yang dibina di negara ini, untuk membantu anak-anak kaum India mendapat pendidikan awal persekolahan.
Pada 22 Jan 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan enam lagi SJKT, empat daripadanya iaitu SJKT Taman Sentosa, Klang, Selangor; SJKT Bandar Mahkota, Cheras, Selangor; SJKT Bandar Seri Alam, Masai, Johor; dan SJKT Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah, yang sedang dalam proses pembinaan.
Dua lagi sekolah yang akan dibina iaitu SJKT Heawood, Sungai Siput, Perak dan SJKT Taman PJS1, Petaling Jaya, Selangor, sedang dalam proses tender, katanya.
Dr Subramaniam berkata SJKT Taman Keladi yang menelan kos RM18.1 juta dan dijangka siap menjelang akhir 2019 itu akan dilengkapi 18 bilik darjah berserta dengan kemudahan lain seperti makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, perpustakaan, bilik buku teks dan lain-lain. -- BERNAMA
Demikianlah Artikel Purata kes demam denggi setiap minggu menurun - Dr Subramaniam
Sekianlah artikel Purata kes demam denggi setiap minggu menurun - Dr Subramaniam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Purata kes demam denggi setiap minggu menurun - Dr Subramaniam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/purata-kes-demam-denggi-setiap-minggu.html