Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi

Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi
link : Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi

Baca juga


Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi

Oleh : K Pragalath


  Seorang peguam kanan menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar untuk mendedahkan kandungan perbualan antara Khalid dengan orang tengah yang dipanggil Gopi, yang didakwa memainkan peranan orang tengah antara sindiket perjudian dan polis di Melaka.

"Hakikatnya Gopi bercakap kepada Ketua Polis Negara selama tiga minit. Ia bukan satu panggilan salah. Ketua Polis Negara perlu mendedahkan kandungan perbualan. Bagaimanakah Gopi mempunyai nombor Ketua Polis Negara dan semua kenalan yang lain? Saya tidak mempunyai nombor Ketua Polis Negara," kata Fahri Azzat.

Fahri juga berkata adalah menjadi tanggungjawab Khalid untuk mendedahkan maklumat ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Khalid perlu memaklumkan kepada SPRM dan SPRM harus bermula menyoalsiasat juga anak Khalid," kata beliau yang merujuk kepada Khairul Amri Khalid.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Khalid mengenali Gopi secara peribadi.

"Ya, beliau kenal saya dan dia juga dikenali oleh keluarga saya," kata Khalid, merujuk kepada Gopinathan Krishnan yang lebih dikenali sebagai Gopi, yang juga mengenali keluarganya dan anak Khalid.

Gopi dan dua ketua polis daerah telah ditahan oleh SPRM di bawah 'Operasi Gopi di Melaka beberapa minggu yang lalu.

Pengakuan Khalid dibuat berikutan laporan eksklusif portal berita Sarawak Report yang kononnya berdasarkan rekod telefon Gopi ini.

Setelah berkata, ketua polis memberi jaminan bahawa beliau tidak akan melindungi dirinya dan ahli keluarganya jika ada apa-apa yang tidak betul dalam hubungan beliau dengan Gopi.

Apabila ditanya sama ada persepsi keadilan di kalangan rakyat akan terjejas berdasarkan pengakuan Khalid, Fahri berkata bahawa itu bukan persoalannya.

"Orang ramai akan lebih sinis tetapi mereka tahu bahawa pihak polis sedang bekerja untuk tujuan politik kerajaan pada hari ini. Persepsi keadilan di kalangan rakyat tidak ditangani sejak perbicaraan Anwar.

Sementara itu peguam jenayah Farida Mohamad merasakan bahawa siasatan ke atas Gopi boleh tercemar lantaran pendakwa raya bergantung kepada pihak polis untuk siasatan.

"Mungkin ada berat sebelah. Rakyat akan membuat spekulasi bahawa pendakwaan dan kehakiman mungkin berat sebelah kerana mereka yang berkhidmat sebagai pendakwa biasanya dilantik sebagai hakim. Ketua Polis Negara boleh mempengaruhi keputusan itu," katanya.

"Akan timbul pandangan prejudis terhadap kebebasan badan kehakiman. Terdapat peluang untuk mekanisme penyiasatan untuk dikompromi kerana dalam banyak kes ia adalah polis yang menyiasat sebelum kes itu diserahkan kepada pihak pendakwa. " ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai pengakuan Khalid bahawa dia tahu Gopinathan, dengan penuh yakin dan mudah, si Zahid buat komidi bodoh dengan berkata, tiada apa jenayah dalam hubungan antara Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan Gopi.

  Alasan mudah Zahid ialah,  "perkara biasa bagi seseorang pegawai polis untuk tahu ramai orang. "... dalam hal ini, tidak menghubungkan Khalid dengan kes itu," 

 Hoi Zahid, nak tanya ko cikit : Apakah dikira biasa bila Pak Menteri macam engko kenal dengan samseng Cina Paul Phua anggota kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa??

 Apa hubungan kamu sebenarnya hingga istimewa sangat kamu dengannya sampai kamu tulis surat pada FBI minta lepaskan kepala samseng tu daripada tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram?

 Dalam surat tersebut kamu menyatakan bahawa samseng tauke judi itu, Paul Phua telah membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara” ???

 Memang ko budak sekolah Izuddin buat komidi bodoh, tulis surat omputeh kepada FBI tu pun buat budak-budak tingakatan 3 Anderson gelak besar membacanya! Belum lagi dengan ucapan omputeh ko kat Bangsa-Bangsa Bersatu!  


Demikianlah Artikel Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi

Sekianlah artikel Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/ketua-polis-negara-patut-dedahkan.html

Subscribe to receive free email updates: