Judul : PAS Membisu Isu 1MDB...
link : PAS Membisu Isu 1MDB...
PAS Membisu Isu 1MDB...
Selepas 24 jam heboh DoJ-1MDB, pimpinan PAS tiada reaksi
Sudah lebih 24 jam dokumen terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menjadi perbualan hangat di kedua-dua belah garisan politik, tetapi tidak satu pun pimpinan kanan PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Setakat 12.00 tengah malam tadi, tinjauan di beberapa laman rasmi PAS termasuk lidah rasminya Harakah Daily, serta beberapa laman Facebook rasmi milik parti dan pemimpinnya, mendapati isu permohonan terkini DoJ pada Khamis untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB, tidak disentuh langsung.
Paling hampir ialah kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang disiarkan Harakah Daily. Walaupun cuma menyebut sepintas lalu tentang kemarahan pengundi terhadap “GST, 1MDB dan kenaikan harga barang boleh disejukkan dengan BR1M”, ia tidak merujuk secara langsung langkah terbaru DoJ yang dialu-alukan pembangkang dan dikritik pemimpin kerajaan.
‘Belum baca’
Sementara itu, percubaan FMT untuk mendapatkan komen daripada beberapa pemimpin PAS juga tidak berjaya. Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan ketika dihubungi berkata beliau sedang menghadiri program dan tidak membalas pertanyaan menerusi whatsapp.
Malah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengakui belum membaca dokumen tersebut, dan mahu menelitinya terlebih dahulu. Begitu juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
“Nanti saya semak berita, terima kasih,” kata Khairuddin menerusi Whatsapp.
Awal semalam, DOJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
PAS tidak sertai protes
Identiti MO1 tidak dinamakan secara rasmi, walaupun sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui ia merujuk perdana menteri.
Pelbagai dakwaan dalam dokumen itu mencetuskan reaksi pemimpin pembangkang dari PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan segera kerana isu itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Sejak itu, pembangkang menuntut siasatan dibuka semula, sementara beberapa protes diadakan menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, termasuk pada protes anjuran Bersih 2.0 November lalu yang tidak disertai PAS.
Ahli Parlimen PAS juga enggan turut serta dengan wakil rakyat pembangkang lain ketika mereka bertindak keluar Dewan Rakyat sambil memegang sepanduk “Siapa MO1?” -FMT
ULASAN GB
Rasanya GB tak perlu ulas panjang-panjang kerana dari mula PAS memang bersikap indah tak indah isu 1MDB,
Di parlimen mereka membisu dan enggan untuk bersama dengan parti-parti lain walaupun sekadar mahu mengangkat plakad bertanyakan SIAPA MO1?
Tiba-tiba meletup isu seorang bekas pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dari 1MDB yang sehingga sekarang watak itu belum pun menyaman orang yang mendedahkannya.
Perjuangan PAS semakin lesu dan layu, yang bising hanyalah macai-macainya di media sosial, sedangkan kehidupan para pemimpin PAS semakin hari semakin jauh dari roh Islam dan mendekati kehidupan para pemimpin UMNO, berlumba-lumba mempamerkan kekayaan dan kemewahanm tetapi masih bernafsu besar untuk bertanding 100 kerusi parlimen!
PAS hanya menunggu masa dan ketikanya untuk Hukum Kebenaran dan Keadilan mengambil tempatnya untuk mengarak mereka keluar dari arus politik negara.
FEATURED ADS

Wan Azizah mahu sidang parlimen tergempar diadakan segera
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan dakwaan Jabatan Keadilan Sosial (DoJ) Amerika Syarikat dalam saman sivil berhubung penyelewengan dana 1MDB.
Beliau berkata skandal 1MDB yang telah mendapat perhatian masyarakat dunia ini menjadi lebih memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh “pegawai tertinggi negara” untuk membiayai kehidupan serba mewah.
"Memandangkan dakwaan terbaru ini melibatkan maruah negara, saya menggesa supaya sebuah sidang tergempar Parlimen diadakan sesegera mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru ini.
"Mengadakan sidang tergempar di luar waktu persidangan Parlimen bukanlah amalan yang luar daripada kebiasaan. Terutama sekali apabila isu yang dibincangkan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
SIdang tergempar Parlimen pernah diadakan pada 23 Julai 2014, bagi membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 nyawa.
Sebuah Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pula telah diadakan pada 26 Januari 2016.
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, Akta Parlimen, hanya Ketua Majlis (Perdana Menteri) boleh boleh meminta supaya sidang tergempar Parlimen diadakan dengan mengemukakan usul kepada Speaker.
"Maka dengan ini saya menggesa Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen sesegera yang mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru oleh DOJ.
"Lantas dapat membersihkan nama negara dari sebarang cemuhan dan tohmahan," ujar Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu. -MD
ULASAN GB
Rasanya GB tak perlu ulas panjang-panjang kerana dari mula PAS memang bersikap indah tak indah isu 1MDB,
Di parlimen mereka membisu dan enggan untuk bersama dengan parti-parti lain walaupun sekadar mahu mengangkat plakad bertanyakan SIAPA MO1?
Tiba-tiba meletup isu seorang bekas pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dari 1MDB yang sehingga sekarang watak itu belum pun menyaman orang yang mendedahkannya.
Perjuangan PAS semakin lesu dan layu, yang bising hanyalah macai-macainya di media sosial, sedangkan kehidupan para pemimpin PAS semakin hari semakin jauh dari roh Islam dan mendekati kehidupan para pemimpin UMNO, berlumba-lumba mempamerkan kekayaan dan kemewahanm tetapi masih bernafsu besar untuk bertanding 100 kerusi parlimen!
PAS hanya menunggu masa dan ketikanya untuk Hukum Kebenaran dan Keadilan mengambil tempatnya untuk mengarak mereka keluar dari arus politik negara.
Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini.
Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala.
Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:
Akaun Maybank: 104058248904 Nama: ZULKIPLY BIN HARUN Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda. p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi. |
Demikianlah Artikel PAS Membisu Isu 1MDB...
Sekianlah artikel PAS Membisu Isu 1MDB... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Membisu Isu 1MDB... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/pas-membisu-isu-1mdb.html