Judul : PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno
link : PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno
PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno
ANTARAPOS.COMMELAKA: Susulan beberapa pemimpinnya yang bertindak keluar parti baru-baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru berusia setahun itu dilihat tidak mampu "belayar" lebih jauh.
Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan pengasas serta pemimpin kanan parti itu yang keluar parti jelas membuktikan bahawa PPBM bukan sebuah parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, berbeza dengan Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) ketika ini.
"Tindakan Kak Midah (Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman) dan Anina (pengasas PPBM, Anina Saadudin) memang sudah diduga kerana parti itu tidak pernah pun berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat, malah lebih kepada peribadi serta kroni.
"Dengan suasana ini, saya yakin PPBM tidak akan kekal lama dan kita bakal menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti. Saya jangka akan lebih ramai mengikut jejak Hamidah dan Anina untuk keluar parti," katanya dipetik Berita Harian.
Semalam, Anina mengumumkan keluar parti selepas mendakwa PPBM tidak lagi menepati prinsip perjuangan ketika diasaskan tahun lalu, sebaliknya berasa diperalatkan untuk kepentingan politik individu tertentu dan berlandaskan dasar kronisme.
Menyusul selepas itu, Hamidah pula mengambil tindakan sama dan ia disahkan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berharap Hamidah dan Anina tidak menyesal dan bersedih kerana terpaksa bergelumang dengan kelompok pemimpin yang tidak ikhlas serta berjuang berasaskan dendam.
"Jangan bersedih dan berduka kerana 'kapal' yang anda sendiri bina dan ukir reka bentuknya belum sempat untuk belayar jauh, ia kini berada dalam tangan pemimpin yang bakal menghancurkan asas pembinaan kapal terbabit.
Demikianlah Artikel PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno
Sekianlah artikel PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM tak mampu 'berlayar' jauh - Puteri Umno dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/ppbm-tak-mampu-berlayar-jauh-puteri-umno.html