Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang

Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang
link : Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang

Baca juga


Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang

 ARIF ATAN Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEH

Faiz Fadzil bersama Izham Hashim dan Salahuddin Ayub
di lokasi ketika operasi perobohan hari ini.
 Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menegaskan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Petaling wajar menghormati proses undang-undang bukannya merobohkan dua rumah kedai yang didiami dua keluarga pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang.


Pada masa sama, ujarnya, tindakan pejabat tanah berkenaan serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini merobohkan kesemua premis terbabit tidak harus berlaku.

 “Kita menggesa pejabat tanah dan MBSA untuk menghormati proses undang-undang. Seharusnya tindakan meroboh ini ditangguhkan.

 “Satu perkara yang tidak harus berlaku. Ini satu perkara yang begitu mendukacitakan memandangkan mereka adalah orang lama yang banyak menyumbang jasa dalam perkembangan syiar Islam di kawasan ini,” ujarnya kepada pemberita di lokasi tersebut.

 Peguam berkenaan yang dalam kunjungan kali kedua itu memaklumkan perbincangan dengan pemilik premis terlibat akan dilakukan bagi tindakan selanjutnya.

 “Kami mengharapkan agar pembelaan terhadap pemilik premis ini dititikberatkan oleh kerajaan negeri Selangor,” ujarnya lagi.

 Sementara itu, Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim yang turut berada di lokasi ketika berlangsungnya operasi perobohan berkata, arahan tersebut adalah daripada pihak kerajaan Persekutuan tetapi menggunakan jentera di bawah kerajaan negeri.

 “Arahan (merobohkan) ini datang daripada Persekutuan tapi menggunakan pejabat tanah dan PBT (pihak berkuasa tempatan) di negeri Selangor.

 “Ini yang kita rasa sangat terkilan kerana mereka yang berkehendakkan tindakan ini (meroboh) dibuat tetapi menggunakan logistik dan tenaga daripada kerajaan negeri Selangor,” tambah Izham lagi. 

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok dari Pas, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi turut hadir di lokasi perobohan.

 Sumbangan

 Dalam hal berkaitan, Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Abbas Azmi memberitahu pihaknya sebelum ini telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu pengusiran dua keluarga terbabit oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).

 “Sekurang-kurangnya ditangguhkan perobohan tetapi mereka berkeras juga meneruskan perobohan kononnya mereka (dua keluarga) menceroboh,” ujarnya.

 Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda AMANAH Selangor melancarkan kutipan derma kilat bagi sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung keluarga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul.

 Orang ramai dirayu menghulurkan sumbangan menerusi akaun BIMB 1203 8010 1271 65 atas nama Pertubuhan Suara Progresif Selangor.

Kak Bada (tengah) ahli keluarga mangsa sedang
ditenangkan oleh seorang anggota Awan AMANAH
 Kedua-dua ketua keluarga berkenaan sebelum ini telah beberapa kali mendapat notis meminta mereka mengosongkan tanah di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh.

 Mereka juga diarah berpindah tanpa sebarang rundingan yang sewajarnya termasuk pampasan lebih setimpal. Abd. Razak yang bertugas sebagai bilal masjid itu bersama rakan sejawatnya, Yaakob itu mendiami rumah tersebut sejak pertengahan tahun 1990-an.

 Mereka turut memiliki surat kebenaran untuk tinggal di kawasan berkenaan daripada bekas setiausaha Masjid Lapangan Terbang Subang ketika itu, Zakaria Md Noh.

 Walau bagaimanapun, tiga unit kediaman dan dua kedai milik mereka dirobohkan mulai jam 10.30 pagi hari ini dengan dipantau anggota polis.

 Sembilan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Setiausaha Agungnya, A Sivarajan ditahan selepas cuba menghalang operasi perobohan diteruskan dengan membentuk benteng manusia.~ sumber


Demikianlah Artikel Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang

Sekianlah artikel Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pejabat Tanah dan Daerah Petaling patut hormati proses undang-undang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/pejabat-tanah-dan-daerah-petaling-patut.html

Subscribe to receive free email updates: