Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula

Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula
link : Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula

Baca juga


Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula



Wartawan MalaysiaGazette


KUALA LUMPUR –  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) mulai 1 Januari 2018 selepas digantung tahun lalu.

MDG merupakan geran yang boleh dikembalikan sehingga RM200,000 bagi penyertaan aktiviti promosi eksport.

Ia termasuk pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemecut eksport, persidangan antarabangsa selain yuran penyenaraian barangan buatan tempatan di pasar raya, pasar raya besar dan pusat runcit di luar negara.

Langkah itu dibuat supaya lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengeksport produk yang dikeluarkan, selain seiring dengan pengumuman Bajet 2018 pada Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, sejak pelaksanaan geran itu pada 2002, ia telah  memberi manfaat kepada 7,682 syarikat tempatan yang menembusi pasaran utama eksport Malaysia.

Antaranya di ASEAN, China dan Emiriah Arab Bersatu.

Dengan adanya semula geran itu, satu garis panduan baru akan diperkenalkan, termasuk syarikat perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat masing-masing dengan Matrade menerusi Pendaftar Eksport Malaysia.

Selain itu, PKS mesti memiliki entiit perniagaan yang aktif, katanya. – MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula

Sekianlah artikel Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Geran pembangunan Pasaran diwujudkan semula dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/geran-pembangunan-pasaran-diwujudkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :