Judul : Mahkamah benar permohonan Husam kekalkan status Wisma Tok Guru hingga bicara rayuan
link : Mahkamah benar permohonan Husam kekalkan status Wisma Tok Guru hingga bicara rayuan
Mahkamah benar permohonan Husam kekalkan status Wisma Tok Guru hingga bicara rayuan
ZIKRI ABDULLAHWisma Tok Guru yang menjadi pertikaian.
Hakim Ahmad Bin Bache yang memutuskan demikian berkata pihak plaintif mempunyai ssas yang jelas dalam tuntutan berkenaan.
Peguam yang mewakili Husam, Murtadza Mokhtar berkata keputusan ini bermaksud pihak plaintif diberi hak menguruskan hartanah sebagaimana sebelum kes ini bermula.
“Maknanya pihak Datuk Husam adalah pengendali sah hartanah berkenaan sehingga perbicaraan mengenainya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah selesai,” katanya.
Bagaimanapun Murtadza berkata pihak hakim meminta kedua-dua pihak berunding secara muafakat jika ada prmohonan tuan tanah untuk menggunakannya.
Dengan keputusan ini, Wisma Tok Guru akan berada dalam status qou sebelum penolakan mahkamah terhadap permohonan injunksi Husam sebelum ini sehinggalah rayuan terhadap penolakan injunksi itu diputuskan mahkamah.
Peguam Murtadza berkata, hakim meminta kedua-dua pihak boleh berbincang dalam menggunakan tanah ini sehingga kes selesai.
Ekoran itu, Husam memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengkaji balik keputusan itu.
Wisma Tok Guru adalah bangunan yang menempatkan pejabat Adun Salor iaitu Husam.
Ia dibenarkan oleh pemilik asalnya, Datuk Rusli Ibrahim, untuk digunakan oleh Husam sampai bila-bila.
Namun apabila Rusli meninggal, balu beliau yang menjadi penama tanah itu telah menjualnya kepada Mohd Yassin, Setiausaha Kerja Pas Kelantan, yang dipertikaikan oleh Husam.
Pada 17 Disember lalu, Pas telah menganjurkan majlis solat hajat di tapak tanah yang mereka beli itu.
Injunksi Erinford adalah perintah untuk kekalkan keadaan seperti biasa sementara rayuan belum didengar dan diputuskan.
Menurut peguam Husam, Mohamed Hanipa Maidin, dalam kes ini, keadaan biasa adalah sebelum Pas dakwa membeli membeli tanah itu menggunakan nama setiausaha kerjanya.
Demikianlah Artikel Mahkamah benar permohonan Husam kekalkan status Wisma Tok Guru hingga bicara rayuan
Sekianlah artikel Mahkamah benar permohonan Husam kekalkan status Wisma Tok Guru hingga bicara rayuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah benar permohonan Husam kekalkan status Wisma Tok Guru hingga bicara rayuan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/mahkamah-benar-permohonan-husam.html