Judul : MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut
link : MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut
MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut
ANTARAPOSSHAH ALAM: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kewajaran syarikat fesyen tempatan, Voir Holding menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat kenderaan kegunaan khas (SPV) berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Wee berkata kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng itu mengumumkan pada awal 2013 bahawa saham dalam syarikat itu diberi kepada dua syarikat pembinaan gergasi China, dengan sokongan modal berbayar RM4.6 bilion.
“Tetapi hari ini, pemeriksaan kami mendapati kedua-dua syarikat gergasi dari China itu tiada lagi dalam senarai pemegang saham SPV manakala 39 peratus saham lagi dipegang individu lain.
“Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong kepada orang ramai dan cuba bermain umpan dan alih?” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah Wee, ini bermakna projek infrastruktur yang kononya dikatakan diberikan melalui persaingan terbuka itu adalah tidak sah sama sekali.
Beliau memberitahu, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjawab segala persoalan yang ditimbulkan kerana rakyat berhak mengetahui kisah di sebalik pemberian kontrak berbilion ringgit kepada syarikat yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat fesyen.
Tender bagi pembinaan terowong bawah laut sepanjang 7.2 kilometer dan tiga lebuh raya itu diserahkan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (Zenith) yang mengandungi beberapa anak syarikat.
Demikianlah Artikel MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut
Sekianlah artikel MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MCA persoal syarikat fesyen pegang saham projek terowong dasar laut dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/mca-persoal-syarikat-fesyen-pegang.html