Judul : Undi Pas Bermakna Memberi Undi Kepada Umno Bn
link : Undi Pas Bermakna Memberi Undi Kepada Umno Bn
Undi Pas Bermakna Memberi Undi Kepada Umno Bn
PAS mahukan perubahan sistem secara menyeluruh daripada sistem yang korup kepada sistem yang terbaik.
PAS istiqamah menentang segala kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti pemerintah UMNO-Barisan Nasional (BN).
Ternyata segala apa yang digembar-gemburkan itu hanyalah rethorik sahaja. Pas hanya menjual ugama dan mengelirukan para penyokongnya sendiri.
Ini terbukti apabila Pas telah pecahkan tembelang busuknya sendiri melalui pengakuan Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, bahawa Pas akan membentuk kerajaan campuran bersama BN.
Sebelum ini ada beberapa pemimpin Pas malu-malu untuk mengakuinya dan cuba berdolak dalih yang kononnya Pas akan tetap lawan Umno Bn.
Macam-macam alasan cuba dikemukakan untuk membohongi penyokongnya tetapi kiali ini, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang sebelum ini pernah digelar sebagai mulut cirit birit oleh Cikgu Mustapha Ali (bekas SU) terpaksa mengakui hakikat adanya komplot UG yang cuba diselindungi.
Tetapi yang peliknya, kenapa Zuhdi dalam membuat pendedahan ini cuba pula menyalahkan Dr Mahathir kerana menuduh PAS sebagai 'angan-angan Mat Jenin'
Tak payahlah banyak songelnya, nak buat kerajaan campuran dengan Umno Bn, buatlah sahaja. Kerjasama Pas dan Umno ke arah itu bukan perkara yang baru.
Beberapa kenyataan Hj Hadi sebelum ini telah jelas memberikan gambaran tentang kerjasama tersebut. Antaranya ialah :
JIKA NAK TADBIR MALAYSIA PILIH PAS ATAU UMNO
Berikut adalah kenyataan-kenyataan dari 'Mulut Cirit Birit' Dr Zuhdi :
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Pas masih belum menetapkan apa-apa keputusan tetapi jika situasi 'hung parliament' berlaku, parti itu sedia membuat pilihan untuk mengadakan kerjasama dengan parti utama lain atau terus menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen.
"Dengan sikap bongkak Dr. Mahathir ini, maka pilihan yang tinggal kepada Pas hanya tinggal dua sahaja, iaitu terus kekal menjadi pembangkang utama atau membentuk kerajaan campuran dengan BN," katanya ~ m.utusan
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa hasrat PAS sebagai 'angan-angan Mat Jenin' ibarat menutup pintu kerjasama dengan parti siasah itu jika gabungan pakatan pembangkang memperoleh kurang kerusi bagi membentuk majoriti mudah di Parlimen.
"Dengan sikap Dr Mahathir ini, maka pilihan yang tinggal kepada PAS hanya dua iaitu terus kekal menjadi pembangkang utama di Parlimen atau membentuk kerajaan campuran dengan BN. ~ bharianMaka jelaslah kepada kita, dengan memangkah Pas samalah kita memberikan undi kita kepada Umno Bn.
Memberikan undi kepada Umno Bn bermakna kita mahu 'Najib Penyangak' (pinjam istilah Tun M) terus kekal memerintah dan rakyat negara ini terus dizalimi dengan GST dan pelbagai penyelewengan dana dan salah guna kuasa tadbir urus negara.
Demikianlah Artikel Undi Pas Bermakna Memberi Undi Kepada Umno Bn
Sekianlah artikel Undi Pas Bermakna Memberi Undi Kepada Umno Bn kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Undi Pas Bermakna Memberi Undi Kepada Umno Bn dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/undi-pas-bermakna-memberi-undi-kepada.html