1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib

1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib
link : 1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib

Baca juga


1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib


Sejumlah 64 individu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Nooryana Najwa telah dirakam percakapan kerana menerima wang dalam transaksi yang kini dalam proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga mengesahkan sejumlah daripada individu ini adalah terdiri daripada ahli politik.



Jelasnya, sebanyak 132 transaksi penggubahan wang haram ini telah dikenal pasti dan sejumlah RM2.973 bilion telah didapati dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang kini sedang disiasat melalui beberapa fasa.

Setakat ini, polis sudah melakukan serbuan ke lima premis dan tindakan penyitaan telah dilakukan.

Noor Rashid turut menegaskan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) juga tidak menerima sebarang tuntutan rasmi dari mana-mana pihak ke atas sitaan wang tunai dan barang-barang berharga.

"Pihak AMLA PRDM telah menyerahkan notis atau perintah dibawah Seksyen 32 AMLATFPUAA untuk mereka yang menzahirkan tuntutan ini hadir untuk beri keterangan kepada pegawai penyiasat berkaitan pemilikan harta-harta ini.

"Setakat ini kami belum menerima sebarang tuntutan rasmi dari mana-mana pihak, walaupun beberapa kenyataan akhbar berkaitan isu wang tunai ini dibangkitkan dalam akhbar.

"Kami sudah keluarkan notis hari ini, dan kami jangka mereka akan tampil dalam dua atau tiga hari akan datang, kata Noor Rashid dalam satu sidang media perkembangan isu siasatan 1MDB di Bukit Aman pada Khamis.

Noor Rashid juga mengakui proses siasatan 1MDB ini lebih rumit kerana kebanyakan transaksi dan bahan bukti telah dilakukan di luar negara.

Setakat ini, pihak polis telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan dan dokumen yang diperlukan dari negara-negara luar bagi melengkapkan siasatan.

"Tindakan lanjut oleh pihak polis adalah memohon bantuan dibawah AMLA daripada negara yang terlibat dan seterusnya mendapatkan keterangan dari saki dan dapatkan dokumen untuk menyokong kes kita.

"Kami perlu selesaikan siastan ini, dalam secepat mungkin, dan keputusan boleh dibuat untuk memulakan tindakan undang-undang. Jangan bimbang kami akan selesaikannya," kata Noor Rashid lapor Astro Awani


Demikianlah Artikel 1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib

Sekianlah artikel 1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Polis Sahkan RM2.973 Bilion Masuk Akaun Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/09/1mdb-polis-sahkan-rm2973-bilion-masuk.html

Subscribe to receive free email updates: