Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?

Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?
link : Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?

Baca juga


Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 sekiranya enggan buku ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ diterbitkan dan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul telah membuat laporan polis petang tadi dan beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sekarang dia (Johari) dah buat laporan polis (terhadap) orang yang jadi penulis picisan, dibayar, diupah. Masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan wajar

“(Adakah Datuk Seri maklum dengan ugutan itu?) Ya, dan polis harus siasat.

“Dia ugut, kita tak bayar RM400,000, dia akan publish (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia - India di sini malam tadi.. laporan penuh sila baca di SINI

Johari semalam dalam sidang media semalam dan mendakwa Yahaya yang disifatkannya sebagai penulis upahan cuba memeras ugut Anwar.

"Jika Anwar tawarkan harga lebih tinggi (daripada RM400,000 yang ditawarkan pihak lain), dia sanggup untuk beri buku itu kepada Anwar. Jika tidak, dia akan beri kepada individu yang sanggup menerbitkan buku berkenaan," kata Johari yang berkata turut membuat laporan polis berkenaan manuskrip itu.

Bagaimanapun Penulis buku tersebut menafikan beliau cuba mengugut Presiden PKR itu untuk mendapat jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya untuk menerbitkan buku itu.

Yahaya Ismail berkata dia sebaliknya menawarkan untuk menjual hak cipta buku tersebut kepada Anwar.

Katanya menerusi satu hantaran Facebook awal pagi ini "Saya beri naskah itu kepada Anwar dan (anggota parlimen PKR) Johari Abdul untuk mereka baca, dan kalau mahu, membeli hak ciptanya. Saya kemukakan naskah itu kepada beberapa individu untuk mereka beli (dan) letak harga RM400,000...

"Saya terkejut bila Anwar kata saya hendak peras ugut dia minta bayaran RM400,000. Harga itu berdasarkan nilai hak cipta yang bakal dijual kepada pembeli.

"Kalau dia tak minat, jangan beli. Tak ada apa-apa paksaan sebab hak cipta itu saya punya,"


Demikianlah Artikel Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar?

Sekianlah artikel Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penulis ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ Ugut Anwar? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/06/penulis-mengapa-anwar-tak-boleh-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates: