Judul : Haziq Dipecat Dari PKR
link : Haziq Dipecat Dari PKR
Haziq Dipecat Dari PKR
Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat serta-merta daripada PKR.
Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, mesyuarat biro politik sebulat suara membuat keputusan tersebut.
“Kita telah mendapati beliau telah melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis,” katanya pada sidang media hari ini.
"Surat berkaitan perkara itu akan dikeluarkan secepat mungkin dan diserahkan kepada Haziq," katanya.
Sidang media turut dihadiri Presiden PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Sementara itu, Anwar berkata, keputusan pemecatan itu tidak ada perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Lembaga Disiplin parti harus dilihat bebas untuk membuat keputusan," katanya ringkas.
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa menyerupai salah seorang menteri Kabinet.
Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin itu mengakui dirinya terlibat dalam rakaman video intim yang tular itu.
Susulan kenyataan Haziq, pemimpin PKR bertelagah dan ada yang meminta supaya Haziq dipecat.
Antara yang lantang adalah Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Haziq sudah pasti akan dipecat jika beliau adalah presiden parti.
Naib Ketua Wanita PKR Faizah Ariffin kemudian, menyelar Zuraida, kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah daripada yang dipersetujui parti lapor Sinar
Demikianlah Artikel Haziq Dipecat Dari PKR
Sekianlah artikel Haziq Dipecat Dari PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Haziq Dipecat Dari PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/07/haziq-dipecat-dari-pkr.html