Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib

Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib
link : Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib

Baca juga


Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib



Semalam Najib berkata, disebabkan terdapat pihak yang tidak suka pengguguran kes Riza Aziz dan Musa Aman, maka beliau meminta kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Tommy Thomas menjadi peguam negara sebelum ini juga diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara sekarang. 

<!--more-->Najib berkata, antaranya ialah “skandal forex” yang sehingga kini tidak menyaksikan mana-mana individu didakwa atau didapati bertanggungjjawab ke atas kehilangan dana yang begitu besar. 

Selain itu katanya, siasatan juga harus dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab atas usaha menyorok skandal ini daripada Parlimen dan pengetahuan awam selama bertahun-tahun. 

“Skandal forex” merujuk kepada kerugian tukaran wang asing berjumlah RM31.5 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1991 hingga 1994 semasa negara diketuai oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Laporan setebal 400 halaman panel RCI itu antara lain menyebut ramai pegawai kerajaan, termasuk perdana menteri dan menteri kewangan mungkin melakukan jenayah pecah amanah atau menipu dengan melakukan spekulasi tukaran wang asing dan kemudiannya menyembunyikan kerugian itu.

Menjawab gesaan Najib itu Anwar Ibrahim berkata beliau tiada jika  kerajaan menyiasat kerugian urus niaga tukaran mata wang asing (forex) melibatkan Bank Negara Malaysia (BNM). 

Anwar berkata, beliau menyambut baik gesaan yang dibuat oleh Najib sebelum ini. 

“Banyak teguran. Misalnya Najib, saya ucap terima kasih, ini cara kita wacana. Tak payah maki hamun, kecam begitu begini. 

“(Najib kata), kalau begitu siasat soal skandal Forex. Saya setuju. Saya tidak ada masalah dan halangan. Boleh siasat, yang penting tak curi satu sen. Saya tak ambil RM1 bilion, tak ambil tanah balak dan saya tak ambil saham. 

“Itu penting. Kemudian nak siasat forex ke, siasat 1MDB silakan,” katanya dalam satu sesi tazkirah langsung di Facebook semalam.

Anwar adalah antara 25 saksi yang dipanggil oleh Panel 5 anggota suruhanjaya yang diketuai bekas ketua setiausaha negara Mohd Sidek Hassan bersidang selama 8 hari dari 21 Ogos hingga 19 September 2017.

Selain beliau, Mahathir; bekas gabenor BNM Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin. 

Julai 2017, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kerugian urus niaga mata wang asing itu. 

Sumber laporan dari SINI


Demikianlah Artikel Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib

Sekianlah artikel Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal Forex: Anwar Sambut Baik Gesaan Najib dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/06/skandal-forex-anwar-sambut-baik-gesaan.html

Subscribe to receive free email updates: