Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi

Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi
link : Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi

Baca juga


Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi

 

Abdul Hadi yakin ketidaktentuan politik negara dijangka membuatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah kukuh kerana tiada parti mempunyai majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat baharu.

ALOR SETAR: Perbalahan yang dilihat berlaku membabitkan PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dianggap sebagai urusan dalaman parti, yang diyakini mampu diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tiga parti Melayu berkenaan kini menerajui kerajaan dan hanya pihak luar yang menganggap berlaku ketegangan dalam kalangan pemimpinnya ketika ini. 

"Kami sudah berkeluarga sekarang, dalam satu rumah semua parti Melayu Islam. Kita utamakan perpaduan Melayu Islam dan pada masa sama masyarakat majmuk di negara ini juga bersama kita. 

"Keadaan (perang mulut pemimpin) UMNO, PAS dan BERSATU adalah urusan dalam rumah, orang dengar bising kerana kita hendak alih perabot, masalah akan selesai nanti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama peladang di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini, hari ini. 

Yang turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim dan Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman. Abdul Hadi yakin ketidaktentuan politik negara dijangka membuatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah kukuh kerana tiada parti mempunyai majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat baharu. 

"PAS kekal tetap mempertahan kerajaan PN dan memperkasa Muafakat Nasional (MN), sehingga hari ini kita menganggap kerajaan PN masih kukuh dan kuat. 

"Ini kerana semua parti tidak boleh tubuh kerajaan. UMNO tidak boleh terima DAP, DAP tidak boleh terima UMNO, Tun (Dr Mahathir Mohamad) tidak terima (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), Anwar tidak terima Tun," katanya. 

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara PN dan MN, beliau menjelaskan ia belum diputuskan lagi berikutan tarikh PRU-15 belum diketahui dan keadaan ketika ini juga dilihat tidak sesuai diadakan pilihan raya. 

"Bila tahu pilihan raya bila kita tentukan (pembahagian kerusi), ia boleh berubah dan kita akan ikut kesesuaian, namun apa pun kita akan serah pada Pusat untuk tentukan. 

"Keadaan juga tidak sesuai, masih dalam suasana COVID-19, usaha menyelesaikan mangsa banjir juga tidak selesai lagi. Biar selesai semua baru kita fikir adakan pilihan raya," katanya lapor Berita Harian


Demikianlah Artikel Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi

Sekianlah artikel Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Riuh Antara UMNO, PAS, BERSATU Umpama Alih Perabot Dalam Rumah - Hj Hadi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/riuh-antara-umno-pas-bersatu-umpama.html

Subscribe to receive free email updates: