Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin?

Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin?
link : Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin?

Baca juga


Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin?

 

Pagi ini dalam satu temubual dalam temu bual bersama stesen radio BFM, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang Diktator.

Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa.

Kata Dr Mahathir, meskipun sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun Muhyiddin tetap memilih untuk melaksanakan darurat kerana terdesak untuk mengekalkan kuasanya.

“Kita mengorbankan demokrasi untuk berikan beliau kuasa penuh... buat apa beliau suka. Beliau dalam erti kata sebegitu adalah seorang diktator.

“Ia sejenis pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kita tidak mengikut demokrasi dengan menggunakan darurat untuk beri Muhyiddin kuasa penuh,” katanya.

"Tiada keperluan mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang tersendiri untuk mengawal pandemik malah keadaan negara ini juga bukanlah di luar kawalan seperti negara lain.

“Walaupun Muhyiddin ada kuasa mutlak, beliau tidak melakukan secukupnya untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan pandemik ini.

“Beliau tidak buat apa sangat dalam mentadbir negara. Ekonomi merosot dan rakyat merana akibat tindakan yang dilaksanakan. PKP menjejaskan rakyat dengan hilang pendapatan dan ramai yang tidak ada makanan,” ujarnya.

Hmmm... Muhyiddin Diktator ya...?

Mungkin Tun sudah lupa beliau sendiri sendiri sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 ke tahun 2003 beliau sendiri lebih bersikap Diktator.. dan diakuinya sendiri

Tun Dr Mahathir sendiri mengakui pada 27 Mac 2016 bahawa beliau adalah seorang diktator tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana rakyat Malaysia 

Beliau juga berpandangan bahawa seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat..

Baca apa yang Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff tulis ni..


DIKTATOR: DEMI KUASA, TUN DR MAHATHIR LUPA SEGALA

Tun Dr Mahathir telah menulis catatan bagi menafikan perkara ini, di bawah tajuk “The Dictator”, di dalam blog beliau pada 17 Ogos 2017 dan beliau telah sekali lagi menulis satu catatan yang jauh lebih panjang bagi menafikan perkara ini, juga di bawah tajuk “The Dictator”, di dalam blog beliau pada 17 Januari 2018 jelas menunjukkan usaha beliau bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah seorang diktator menemui kegagalan.

Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator bukan sahaja dinyatakan oleh para pemimpin parti pembangkang yang menerima layanan teruk daripada beliau sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga oleh para pemimpin yang pernah berdamping rapat dengan beliau di dalam UMNO dan di dalam kerajaan, termasuklah Tun Musa Hitam, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam buku beliau bertajuk “Frankly Speaking” terbitan Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd pada 2016 contohnya, Tun Musa menulis mengenai corak pemerintahan authoritarian Tun Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu kegagalan yang amat sangat (“an abject failure”), di mana Tun Dr Mahathir dikatakan mengelilingkan diri dengan “yes men”, mempunyai pandangan tetap mengenai sesuatu serta membenci perbincangan dan perdebatan.

Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga disebut oleh pelbagai tokoh lain seperti bekas Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, Tommy Thomas, di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” terbitan SIRD pada 2016 yang menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”, begitu juga dengan Barry Wain yang, di dalam buku beliau bertajuk “Malaysian Maverick” terbitan Palgrave MacMillan pada 2009, malah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “an uncrowned king”.

Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga telah dihuraikan secara panjang lebar di dalam beberapa buah tesis kedoktoran yang dihasilkan oleh cendekiawan rakyat Malaysia bahkan oleh cendekiawan bukan rakyat Malaysia dari beberapa buah universiti ternama di dunia sekali gus menyebabkan dakwaan bahawa beliau bukanlah seorang diktator perlu dikemukakan oleh cendekiawan lain melalui tesis kedoktoran lain untuk dilihat berwibawa.

Antara tesis kedoktoran tersebut adalah tesis Tan Sri Dr Rais Yatim bertajuk “The Rule Of Law And Executive Power In Malaysia: A Study Of Executive Supremacy” dari King’s College, London, pada 1994 dan tesis In-Won Hwang bertajuk “Changing Conflict Configurations And Regime Maintenance In Malaysian Politics: From Consociational Bargaining To Mahathir’s Dominance” dari Australian National University, Canberra, pada 2001.

Tun Dr Mahathir sendiri mengakui pada 27 Mac 2016 bahawa beliau adalah seorang diktator tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana rakyat Malaysia kononnya tidak berdemonstrasi terhadap beliau. Beliau sebelumnya mengakui pada 18 Oktober 2010 bahawa beliau “enjoyed” dengan dakwaan bahawa Malaysia telah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun kerana sekurang-kurangnya beliau fikir Malaysia telah mencapai kemajuan.

Bagaimanapun, berbanding memperkatakan segala rekod pemerintahan beliau yang sudah sedia diketahui umum, mungkin adalah lebih baik untuk kita meneliti kembali segala ucapan, kenyataan dan tulisan Tun Dr Mahathir sebelum ini yang menunjukkan bahawa, bagi beliau, sistem authoritarian adalah lebih baik berbanding sistem demokrasi, sekali gus menyebabkan beliau sepatutnya berbangga dengan gelaran diktator kerana ia selari dengan pemikiran beliau.

Di dalam ucapan beliau di “The Second Lecture Of The Ho Rih Hwa Public Lecture Series” di Singapura pada 11 Oktober 2004, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak akan menghasilkan kerajaan yang kuat dan memuji para pemimpin authoritarian Asia terdahulu, iaitu “The Meiji Emperor of Japan, the Kings of Siam, Chiang Kai Shek of Taiwan, Deng Xiao Peng of China, Park Chung Hee of South Korea”, kerana memajukan negara mereka.

Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan bertajuk “Political Stability And Sustainability As A Key Success Factor In Developing Malaysia” di Putrajaya pada 12 April 2006, Tun Dr Mahathir mendakwa seorang diktator yang baik (“a benevolent dictator”) adalah jalan penyelesaian untuk mengembalikan kestabilan di negara Iraq. Kata beliau, demokrasi gagal kerana ia membawa ketidakstabilan dan memperlahankan pembangunan ekonomi.

Di dalam ucapan beliau di forum “The Creation Of The Global Citizen: Media Liberalisation And The New Political Realities” di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2010, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi adalah satu ideologi yang gagal dan memuji sistem authoritarian yang diguna pakai oleh negara China yang telah membawa kemajuan sehingga menjadikan negara itu antara negara terkaya di dunia walaupun tanpa kewujudan “freedom, liberty and equality”.

Di dalam buku beliau bertajuk “A Doctor In The House” terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd pada 2011, Tun Dr Mahathir menyebut tidak boleh berlaku pemisahan kuasa penuh antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman dalam demokrasi kerana ia akan menyebabkan negara dibawa ke pelbagai arah. Kata beliau, mesti wujud persefahaman dan penyelarasan antara ketiga-tiga badan ini di mana setiap badan mesti tahu batasan kepada domain mereka.

Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan pada “HT Leadership Summit 2011” di New Delhi pada 3 Disember 2011, Tun Dr Mahathir mendakwa negara India boleh menjadi setanding dengan negara China dari segi pembangunan jika ia menjadi “kurang demokratik”. Kata beliau, demokrasi tidak sentiasa menjamin kestabilan dan kemakmuran kerana ada waktunya demokrasi boleh melumpuhkan proses pembuatan keputusan.

Di dalam ucapan beliau di “The University Santo Tomas’ Special Convocation And Conferment Of Honorary Professorship And The Neo-Centennial Lecture” di Manila pada 11 Jun 2012, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak menyebabkan rakyat menikmati satu kehidupan yang lebih baik berbanding waktu mereka berada di bawah pemerintahan autokratik kerana demokrasi akan menghasilkan satu kebuntuan (“would result in a stalemate”).

Malah, di dalam tulisan beliau di blog beliau pada 29 April 2014 sekalipun, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi selalu gagal untuk membekalkan negara-negara dengan tadbir-urus baik (“has often failed to provide countries with good governance”) dan bahawa kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti disekat pada kadar yang tertentu (“free speech, free press, demonstrations and strikes must be circumscribed to some degree”).

Oleh itu tidak sepatutnyalah Tun Dr Mahathir membuat sesuatu perkara yang sia-sia dengan cuba menepis dakwaan bahawa beliau adalah seorang diktator yang mungkin akan menjadi seorang diktator kembali jika beliau diberi peluang untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia semula kerana, selain daripada segala rekod pemerintahan beliau, segala ucapan, kenyataan dan tulisan beliau sebelum ini menunjukkan bahawa, bagi beliau, seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat.

Bila Tun Dr Mahathir sendiri berpandangan bahawa seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat, maka sepatutnya tiada sebablah untuk beliau marah-marah bila beliau dipanggil sebagai seorang diktator/autokrat malah beliau sepatutnya kekal dengan prinsip beliau mengenai kebaikan sistem authoritarian dan keterukan sistem demokrasi di samping sepatutnya berbangga bahawa beliau seorang diktator/autokrat.



** Untuk makluman Dr. Kamarul Zaman telah dimaklumkan pihak pengurusan universiti untuk tidak lagi menulis berkaitan pemikiran politik di media sosial miliknya... jadi dia pun dah tak menulis laa..


Demikianlah Artikel Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin?

Sekianlah artikel Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Diktator.. Mahathir Atau Muhyiddin? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/siapa-diktator-mahathir-atau-muhyiddin.html

Subscribe to receive free email updates: