Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini?

Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini?
link : Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini?

Baca juga


Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini?

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dilaporkan berkata, pembelian Mercedes S560e itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 29 Nov 2019.

Katanya, Mercedes S560e itu yang dibeli pada 31 Dis 2020 berharga RM458,122.78, iaitu penjimatan sebanyak RM127,765.22 daripada harga asal.

Hmm.. ini bukan soal jimat atau tidak tapi dah jadi 'Mengata Dulang Paku Serpih.. mengata orang awak yang lebih..

Wajarkah pembelian dilakukan ketika dilakukan ketika ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat Covid-19?
 
Betul kata Syed Saddiq ni..“Dulu kutuk pimpinan PAS Kelantan dapat Mercedes baru dan naik gaji ‘backdated’ musim Covid-19, kini sama ja.

“Tolonglah, ini bukan masa nak bermewah. Ini masa untuk berikan tumpuan penuh kepada rakyat,” tulis bekas menteri belia dan sukan itu di Facebook.

GEORGE TOWN: Seorang ahli ekonomi menyifatkan pembelian kereta mewah baharu bernilai RM458,000 untuk ketua menteri oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai keterlaluan dan tidak perlu, ketika negara dihimpit wabak Covid-19.

Ramon Navaratnam terkejut apabila mendapat tahu Pulau Pinang, yang berbangga dengan perbelanjaan fiskal secara berhemah, berbelanja mewah sebegitu.

Semalam, kerajaan negeri mengumumkan ia membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S560e, menggantikan kereta rasmi lama ketua menteri, sebuah Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Navaratnam berkata sekarang bukan masanya untuk membeli kereta baharu kerana “ia menunjukkan sikap tidak peduli terhadap kebajikan rakyat dan golongan miskin yang sedang melalui masa sukar.”

“Ada yang tidak cukup makan dan hospital juga kekurangan katil ketika wabak ini.

“Saya terkejut apabila Pulau Pinang, sebuah negeri yang progresif dan canggih, mengamalkan pembaziran dan fiskal yang tidak berdisiplin.

“Ini petunjuk buruk tentang kualiti pemikiran mereka dan bertentangan dengan dasar baik mereka. Mereka harus sedar pengundi sentiasa perhati,” katanya.

Navaratnam, seorang bekas timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan, berkata kerajaan persekutuan harus mengeluarkan garis panduan jenis kenderaan yang dibenarkan untuk menteri besar dan ketua menteri.

Laporan dipetik dari FMT


Demikianlah Artikel Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini?

Sekianlah artikel Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/wajarkah-pulau-pinang-beli-mercedes.html

Subscribe to receive free email updates: