Judul : Wanita Didakwa Pukul Kucing Bunting Hingga Mati
link : Wanita Didakwa Pukul Kucing Bunting Hingga Mati
Wanita Didakwa Pukul Kucing Bunting Hingga Mati
BUTTERWORTH: Seorang broker wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing sehingga mati dalam kejadian Disember tahun lalu.Hah Choy Kheng, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan hakim Norhayati Mohamad Yunos.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan kejam memukul seekor kucing betina baka tempatan berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi sepanjang 75 sentimeter sehingga menyebabkan kematian kedua-dua ekor kucing tersebut.
Kesalahan itu dilakukan di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung dalam kawasan padang permainan di Blok B1, Pintas Kalui 1,Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 1.20 petang pada 29 Disember tahun lepas.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda di antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Pulau Pinang , Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh diwakili peguam, Shamsher Singh Thind.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan polis telah menahan seorang wanita selepas didakwa memukul dua ekor kucing iaitu seekor kucing yang sedang bunting sehingga mati dan anak kucing hingga cedera.
Bagaimanapun difahamkan anak kucing tersebut mati selepas seminggu menerima rawatan akibat dipukul.
Wanita itu dipercayai bertindak demikian selepas berang apabila dua ekor haiwan itu membuang najis di hadapan rumahnya lapor AstroAwani
Demikianlah Artikel Wanita Didakwa Pukul Kucing Bunting Hingga Mati
Sekianlah artikel Wanita Didakwa Pukul Kucing Bunting Hingga Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Didakwa Pukul Kucing Bunting Hingga Mati dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/wanita-didakwa-pukul-kucing-bunting.html