Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir?

Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir?
link : Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir?

Baca juga


Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir?


Apabila kita bercakap mengenai masyarakat dan politik,sebenarnya kita membincangkan tentang sesuatu yang subjektif, kompleks dan abstrak.

Ini kerana ia berkait rapat dengan budaya politik sesebuah masyarakat.

Budaya politik pula bukanlah sesuatu yang statik tetapi akan bertindak balas terhadap perkembangan dan idea baru sama ada yang dijana dari dalam sistem itu sendiri, diterima ataupun dipaksa datang dari luar (Mohd Mahadee, 2002).


Lantaran dari itu, budaya politik dalam semua sistem politik akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Perubahan ini boleh berlaku sama ada secara semulajadi, secara evolusi atau pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat itu.

Dengan kata lain, budaya politik masyarakat akan sentiasa disesuaikan dengan kehendak masyarakat, perubahan dan tuntutan zaman.

Oleh itu sebagai individu yang tidak punya sebarang kepentingan dalam politik negara, janganlah kita terlalu taksub dengan Pemimpin politik hingga sanggup memutuskan silatur rahim dengan sahabat yang berbeza pandangan politik dengan kita..

Kita tak tahu apa yang akan terjadi esok hari dalam landskap politik negara kita ini.. sahabat hari ini, belum tentu masih kekal sebagai sahabat untuk hari esok.

Musuh dalam politik hari ini juga belum tentu kekal sebagai musuh dikeesokan hari..

Dua penganalisis politik membuat spekulasi Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad sekali lagi sekiranya terpaksa, walaupun terdapat beberapa pendedahan baru-baru ini yang memberi gambaran kurang baik tentang bekas perdana menteri itu.

Mengulas keengganan Mahathir membiarkan timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengambil jawatan perdana menteri interim selepas beliau meletakkan jawatan tahun lalu, para penganalisis berkata PH akan mengabaikan kelakuannya itu demi kepentingan politik.

Mereka merujuk kepada pendedahan dalam prolog buku bekas peguam negara Tommy Thomas.

Menurut Thomas, Mahathir menyerahkan namanya sendiri untuk jawatan perdana menteri interim apabila beliau mengetahui peletakan jawatannya menyebabkan Yang di-Pertuan Agong pertimbang untuk melantik Wan Azizah.

Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Azmi Hassan, bekas ahli akademik Univerisiti Teknologi Malaysia, beritahu FMT mereka percaya PH tidak akan menjauhkan diri daripada Mahathir sekiranya beliau boleh menolongnya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

PH mungkin melihat 22 bulan bekerja dengan Mahathir itu sebagai suatu pengalaman yang pahit, namun Kartini berkata para pemimpin gabungan itu menyedari kemampuan Mahathir untuk menarik pengundi, seperti yang dilihat pada pilihan raya 2018.

Azmi berkata, pemimpin PH mesti tahu Agong mahu Wan Azizah menjadi perdana menteri interim.

Justeru, pendedahan Thomas itu tidak akan beri tamparan baharu pada hubungan antara pakatan itu dan Mahathir

“PH dan PKR selalu berwaspada terhadap Dr M, tetapi ikatan politik mereka lebih kepada menggunakan satu sama lain.”

Tetapi beliau berkata akar umbi PKR mungkin tidak menyedari penghinaan Mahathir terhadap parti mereka dan tidak akan menerimanya.

Azmi juga berkata masyarakat umum sekarang mungkin akan membuat spekulasi bahawa keadaan politik akan lebih stabil sekiranya Wan Azizah menjadi perdana menteri interim.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, G Manivannan, berkata Mahathir mungkin mencetuskan amarah para pengundi dengan peletakan jawatannya secara tiba-tiba itu dan PH perlu melakukan kajian yang teliti sebelum mempertimbangkan kerjasama baharu dengannya.

“PKR sudah ‘digigit’ Mahathir banyak kali,” katanya.

“Mungkin bukan satu idea yang bagus untuk kembali kepada Mahathir lagi dalam PRU15.

“Kita perlu dapatkan pandangan akar umbi dan membaca komen di media sosial untuk mengetahui sentimen di lapangan.”~ FMT


Itu semua akan berlaku kalau Kuasa dijadikan matlamat dengan mengenepikan prinsip yang diperjuangkan selama ini..

Biar dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama hatta beribu kalipun demi kuasa itu tidak mengapa...




Demikianlah Artikel Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir?

Sekianlah artikel Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Demi Kuasa.. PH Mungkin Kembali Sujud Di Kaki Mahathir? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/demi-kuasa-ph-mungkin-kembali-sujud-di.html

Subscribe to receive free email updates: