Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah

Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah
link : Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah

Baca juga


Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah


KOTA KINABALU, 2 Feb — Badan agama Islam Sabah memuji tindakan pendakwah terkenal Ebit Lew mengIslamkan masyarakat Bajau Laut secara beramai-ramai, namun menjelaskan etnik itu kebanyakannya sudah pun beragama Islam sebelumnya.

Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengklasifikasikan etnik Bajau Laut sebagai masyarakat Islam berdasarkan laporan dan kaji selidik.

“Setakat yang saya tahu, Bajau Laut atau masyarakat Pala’u dianggap sebagai orang Islam. Berdasarkan kaji selidik JHEAINS beberapa tahun lalu, mereka diklasifikasikan sebagai Islam,” katanya ketika dihubungi.

Bungsu berkata, beliau sedar tentang kedatangan Ebit Lew ke Sabah kecuali majlis pengIslaman yang dipercayainya perkara yang tidak dirancang.

Namun katanya pengIslaman itu masih sah selagi mereka mengucapkan shahadah dan percaya dengan Allah.

“Masuk Islam itu mudah, seseorang hanya perlu percaya kepada Allah, ikhlas dan yakin tidak ada tuhan selain-Nya, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, kemudian lafaz shahadah.

“Dari pandangan agama, mereka sudah memeluk Islam,” katanya ketika ditanya tentang prosedur yang diperlukan untuk mengIslamkan masyarakat secara beramai-ramai.

Namun katanya proses pendaftaran agama melibatkan komuniti terbabit mungkin melibatkan hal berbeza memandangkan kebanyakan 157 penduduk Pulau Tatagan di Semporna dipercayai tidak memilki dokumen ekoran hidup mereka yang nomad.

“Biasanya saudara baru perlu datang ke pejabat untuk proses pentadbiran, iaitu dengan mendaftar, ambil foto, dan beberapa prosedur lain.

“Tetapi jika mereka tidak ada dokumen atau tidak ada kerakyatan, prosesnya menjadi lebih rumit,” katanya.

Katanya isu itu pula melibatkan agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ebit pada 31 Januari lalu memuat naik hantaran di media sosial, mendakwa sudah mengIslamkan 157 Bajau Laut selepas memberi bantuan makanan dan lain-lain keperluan.

Ebit ketika itu dalam misi bantuan kemanusiaan 10 hari ke daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Beliau juga merancang untuk membina sekolah dan menjangkakannya siap dalam masa sebulan, malah sudah menemui enam guru yang boleh berbahasa tempatan untuk mengajar di tiga sekolah yang bakal dibina keseluruhannya.

Difahamkan sebelum ini kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) lain sudah menyantuni masyarakat Bajau Laut di Tatangan, serta pulau-pulau berdekatan termasuk Maiga, serta penduduk kampung kawasan Taman Laut Tun Sakaran untuk diIslamkan lapor Malay Mail



Demikianlah Artikel Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah

Sekianlah artikel Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majoriti Bajau Laut Islam Sebelum Ebit Lew Datang - Mufti Sabah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/majoriti-bajau-laut-islam-sebelum-ebit.html

Subscribe to receive free email updates: